Pasukan penyelidik UM bergambar kenangan bersama Tan Chong (sembilan dari kanan) di Sungai Juaseh berhampiran Empangan Juaseh di Labis, Johor.
Penduduk di sekitar Labis dinasihatkan agar tidak menggunakan sumber air sungai serta perigi secara terus bagi tujuan minuman mahu pun untuk memasak makanan, sebaliknya digalakkan menggunakan sumber air terawat yang dibekalkan oleh pihak SAJ Ranhill bagi tujuan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong berkata, ini berikutan dapatan kajian kualiti air di enam lokasi terpilih di Sungai Juaseh, Sungai Labis dan perigi persendirian penduduk pada tahun 2019 menunjukkan kualiti air tersebut berada pada tahap dua dan tiga yang mana kualiti pada tahap dua perlu dirawat terlebih dahulu bagi tujuan minuman dan memasak makanan.
Dr. Fathiah Mohamed Zuki (empat dari kanan) menyerahkan dapatan kajian kualiti air di Labis kepada Tan Chong selepas sidang media di Labis, Johor.
"Namun tiada sebarang masalah bagi tujuan lain seperti aktiviti berenang bagi kualiti air pada tahap dua, sebaliknya bagi tahap tiga pula tidak digalakan untuk melakukan aktiviti seumpama terutama dalam tempoh yang lama.
"Kajian tersebut dijalankan berikutan terdapat kebimbangan dalam kalangan kalangan penduduk di Labis terhadap kualiti sumber air di sini (Labis) selepas insiden pembuangan sisa toksid secara haram di Kampung Sungai Gatum pada tahun 2019," katanya kepada pemberita semasa sidang media bersama penyelidik Universiti Malaya (UM) di sini pada 14 Januari 2024.
Tan Chong (tengah) bersama Professor Madya Ng Boon Kwee (kanan), Dr. Fathiah Mohamed Zuki (dua dari kanan), Professor Ir.Dr. Faridah Othman (dua dari kiri) dan Profesor Madya Zeeda Fatimah (kiri) ketika sidang media berhubung kajian kualiti air di Labis.
Katanya, kajian yang dilakukan merupakan hanya kajian asas dan dapatan daripada kajian tersebut akan diteliti bagi menentukan apakah terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian lanjut yang mencakupi bukan sahaja kualiti air di kedua-dua sungai terlibat malah kesan kepada hidupan air selain memastikan sebarang kemudaratan terhadap manusia jika memakan ikan yang membiak di kawasan tersebut.
Dalam masa sama, beliau berkata, antara punca kemerosotan kualiti sumber air di sini juga berkemungkinan disebabkan aktiviti pertanian di sepanjang jajaran kedua-dua sungai tersebut memandangkan contoh air yang diambil di kawasan hulu sungai yang tiada aktiviti pertanian iaitu di Empangan Juaseh menunjukkan kualiti yang lebih baik berbanding air di kawasan hilir Sungai Juaseh serta Sungai Labis.
Program kajian tersebut merupakan kerjasama antara penyelidik Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) bersama Persatuan Meninggikan Akhlak Che Thai Khor Labis.
Dr. Fathiah Mohamed Zuki
Profesor Ir. Dr. Faridah Othman
Ulasnya lagi, kualiti pada tahap tiga pula tidak digalakkan untuk aktiviti sepert berenang dalam tempoh yang lama kerana dikhuatiri sebarang kandungan cemar di dalam air tesebut akan memberi kesan kepada kulit manusia terutama golongan yang mempunyai alahan.
Sementara tahap empat pula tidak boleh digunakan termasuk untuk mandi serta mencuci pakaian dan tahap lima dan enam pula merupakan air yang tercemar teruk dan tidak boleh digunakan untuk sebarang kegunaan manusia di mana tahap enam selalunya terdapat pada sungai mati.
Tan Chong (kanan) berbincang sesuatu dengan salah seorang anggota pasukan penyelidik ketika berada di Sungai Juaseh, Labis, Johor.
"Selepas beberapa tahun kajian dilakukan sebelum ini, kedatangan kami kami pada kali ini turut melakukan ujian di lokasi sama yang mencakupi beberapa displin yang boleh dilakukan di lokasi di mana kami mendapati kualiti air ketika ini tidak banyak berbeza dengan dapatan kajian yang dilakukan sebelum ini.
"Kami juga turut mengambil sampel air baharu di lokasi yang sama untuk dianalisis di makmal bagi memastikan jika terdapat sebarang perubahan sama ada kualiti air di Labis bertambah baik atau sebaliknya selepas beberapa tahun kajian pertama kami lakukan pada tahun 2019," katanya.
Anggota pasukan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dijamu durian sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.