Daun ganja atau nama Cannabis Sativa - Kredit foto Bangkok Post.
Rakyat Thailand kini sedang menghitung hari atau melakukan ‘Final Countdown’ apabila penggunaan ganja atau kanabis diwartakan sebagai halal atau sah di sisi undang-undang negara itu tidak lama lagi.
Namun begitu, menjual, mempromosikan dan mengiklankan ‘ganja’
sama ada secara dalam talian (online) atau fizikal (kedai) termasuk produk makanan
atau minuman berasaskan ekstrak ganja serta peralatan yang digunakan untuk
menghisap (seperti vape) adalah dilarang ketika ini.
Mungkin suatu hari nanti khalayak akan bertemu dalam
hidangan masakan atau minuman Thai yang diperbuat daripada bahan-bahan ekstrak
daun ganja.
Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini ‘asal barang jadi duit’ dan mendatangkan keuntungan serta pendapatan baik individu atau negara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bahan-bahan terlarang ganja
Rakyat Thailand yang berumur 20 tahun ke atas sahaja dibenarkan menanam pokok ganja di premis-premis kediaman mereka. - Kredit foto GulfInsider.
Sebelum ini, Negara Gajah Putih itu telah membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan atau meningkatkan kesihatan pada tahun 2018.
Menurut rang undang-undang negara itu, penggunaan ganja (menghisap) secara terbuka atau di tempat awam dan dalam keaadan khayal adalah ditegah oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun Bangkok Post pada 19 Ogos 2022 melaporkan, seorang jurucakap jawatankuasa Dewan (Parlimen) Parnthep Pourpongpan berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa butiran penting mengenai rang undang-undang berkenaan sebelum dibawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua tidak lama lagi.
Tambah beliau lagi, Seksyen 18 rang undang-undang itu menetapkan bahawa mereka yang ingin menanam pokok ganja untuk kegunaan isi rumah akan dibenarkan menanam tidak lebih daripada 15 pokok (ganja) setiap isi rumah.
Orang ramai yang berminat dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand.
Kumpulan-kumpulan lain juga akan dibenarkan mendaftar untuk menanam tumbuhan itu termasuk hospital, pengamal perubatan, pengamal pergigian, pengamal perubatan tradisional dan lain-lain.
Bagi tujuan perniagaan dan komersial, Seksyen 15 menetapkan bahawa mereka yang menanam, memproses, dan mengeluarkan tumbuhan untuk dijual mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.
China menduduki tangga teratas dalam menguasai pasaran tumbuhan ganja dunia iaitu melebihi 4 bilion dolar Amerika Syarikat (US).
Statistik penggunaan ganja bagi tujuan perubatan oleh 59 buah negara di dunia.
Individu-individu yang mengeksport ganja tanpa kebenaran akan dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda sehingga 500,000 baht (kira-kira RM63,000).
Mereka yang ingin menanam ganja untuk tujuan komersial mestilah warganegara Thailand dan berumur sekurang-kurangnya 20 tahun .
Beliau seterusnya berkata Seksyen 37 juga mengharamkan penjualan kanabis dan rami, ekstrak dan makanannya dengan kanabis dan rami sebagai ramuan (rencah) kepada orang yang berumur di bawah 20 tahun, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak.
Di bawah rang undang-undang itu, menjelaskan larangan penjualan ganja di kuil, premis-premis agama, sekolah dan institut pendidikan, asrama, taman awam dan lain-lain premis yang diisytiharkan oleh Menteri Kesihatan Awam Thailand. - KitaReporters
Ekstrak-ekstrak daun ganja dijadikan bahan asas untuk produk-produk kesihatan. - Gambar hiasan
Minyak ganja keluaran dari Thailand. - Gambar hiasan
Sumber:
https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2371760/new-bill-outlines-limits-on-ganja-use
https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2368370/cannabis-sales-on-khao-san-rd-illegal
https://www.timeout.com/bangkok/what-you-should-know-about-cannabis-use-in-thailand