Alam & Sains 06 Feb, 2021

Isu Emma Maembong guna alat perah susu secara terbuka! Patut dipuji sebab galakkan susu badan

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


FOTO Emma Maembong yang dikatakan sedang `memerah susu` sambil berjalan menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah pihak sampai ada segelintir peminatnya mengkritik perbuatan itu sebagai `memalukan` dan membawa pengaruh tidak baik. 

Paparan dalam Instagram artis itu menyebabkan Emma cepat-cepat `tutup`komen itu bagi menggelakkan timbulnya isu yang lebih panas. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Emma Maembong:

https://kitareporters.com/search?search=emma+maembong



Seorang peminatnya memberi komen dalam Instagram Emma, dia berasa `malu` dengan perbuatan itu dan mungkin menjadi contoh tak baik kepada ibu muda lain yang akan  meniru gaya Emma itu.

Mereka risau cara menggunakan mesin `memerah susu` di khalayak umum itu akan mengaibkan ibu.

Sebenarnya peminat pelakon itu patutnya gembira kerana artis cantik ini bijak menggunakan popularitinya untuk menggalakkan ibu muda menetek bayi mereka. Menyusukan anak adalah yang peluang terbaik bagi membekalkan immunisasi kepada bayi khususnya ketika dunia berdepan dengan wabak Covid-19.



Ketika Emma mengambil keputusan mendiamkan dirinya, kakaknya, Beby Maembong yang sebelum ini menjadi ibu pembimbing menyusukan bayi kepada adiknya, mempertahan tindakan Emma itu sambil menempelak teguran itu sebagai orang yang `otak kotor` saja yang sanggup komen begitu.

Beby dalam akaun Istagramnya, marah apabila peminat menggelarkan adiknya tidak ada rasa malu kerana perbuatan untuk menunjukkan mudahnya menyusukan bayi dan ada macam-macam cara boleh digunakan oleh ibu bekerja untuk memerah susu.

"Orang yang menegur ni mesti tak pernah beranak atau ustazah setengah masak. Bodohnya, " kata Beby, ibu tiga anak dalam dalam Instagramnya itu.


Beby dan Emma siap berdukung bayi masing-masing ketika keluar membeli belah.


Katanya lagi, "Emma bukan pun tunjukkan badannya. Kalau nak tahu kita menyediakan susu itu, penting untuk pastikan bayi dapat susu badan sepenuhnya dan saya pun kalau ke pasar raya, masih memerah susu begitu. Malah di depan kawan sekerja pun, saya tetap buat sebagai stok."

Beby turut memberi petua untuk ibu menambahkan susu dengan minum rebusan kurma hitam, beri goji, mawar, logan kering, kurma merah dan beberapa lagi bahan termasuk chia seed, gula kundur, halba dan cendawan putih serta gula madu atau gula Melaka.



Posting Beby mengenai kepenting susu badan:

"Facebook buat troback 5 years ago... Mesti ramai mummy kenal bag biru tu kan?.. 

"Time ni travel ke China atas tujuan kerja, tapi tak bawak baby aisy.. Aisy baru 5bulan xsilap.. Kehulu hilir bwk bag biru tu.. Dlm train, dlm bas, dlm mall, dlm toilet, kt restaurant semua pump je keje 😅... 

"Breastfeeding ni adalah 1 commitment juga tau.. Lagi lagi time ni 100% EP mom sbb aisy premature..

"Ok sambung balik, masa nak balik KL i kena tahan dengan pegawai kastam kr china & dia suruh bukak bag biru tu sebab dia rasa ragu2.. Sekali bukak "waaaaaaaa banyaknya susuuuuu" pegawai kastam tu cakap🤣 

"Nasib baik yg tahan tu pegawai perempuan & dia pon tengah breastfeeding anak dia juga, so dia kata dia faham betapa sedihnya kalau dia suruh i buang.. So dia lepaskan i bawak susu i BALIK KL.. 

"Yeayyy alhamdulillah... Nk melompat rasanya time tu.. Ye la ada 50oz kot time tu.. Kalau buang mmg air mata berdarah la mummy... Hanya mummy2 je faham perasaan susu kena buang kan..

"Elehhhh posting kali ni kisah susu je?? Ahhahahaa xpe la saja nak kongsi pengalaman dgn uols 😘😘..Ada ke mummy2 yg tengah breastfeeding kt sini?" 



Posting Beby mengenai cara menambah susu badan:

"Tips untuk mummy mummy yang tengah menyusu anak, nak banyakan susu tanpa ubat2 boleh minum ni 2 cawan sehari. Boleh minum time pregnant, berpantang dan menyusu. Semua Bahan2 ni senang cari & boleh beli kt tesco je😁. 

"Selain banyakan susu, kulit pon glowing ❤️. Btw pengalaman saya minum ni masa menyusu dulu, bila pump susu banyak hind milk tau.. Berlemak lemak susu🥰

"Mummy Boleh tambah chia seed, gula kundur, halba dan white fungus sedap jadi mcm laicikang.. Tapi saya xde bahan ni kt dapur so tak letak. If suka manis lebihkan gula madu tu atau pakai gula melaka. 



Selain aktif dalam bidang lakonan Emma dan Beby terbabit sebagai duta promosi pelbagai produk bayi dari pampers, stroller bayi, aiskrim dan minuman berkhasiat. Paling terkini meletup dengan pasaran bengkung bersalin. - KitaReporters

    1
    1
    0
    0
    0
    You will be interested