Alam & Sains 21 May, 2021

Berita Terkini| Hampir 60k netizen mahu Neelofa dipenjarakan! Hasil tinjauan petisyen secara maya!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Neelofa dan suaminya, PU Riz terpalit beberapa kontroversi berhubung kesalahan langgar SOP. Kredit foto:  Wedlocx.com


Setakat pukul 2 petang, 21 Mei 2021.


Hampir 60,000 individu bersetuju agar selebriti terkenal, Neelofa dipenjarakan selepas terpalit beberapa kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama suaminya, PU Riz.

Persetujuan itu dilakukan oleh warganet menerusi petisyen bertajuk ‘Langgar Sop: Penjarakan Neelofa Segera’ dalam laman sesawang change.org dan setakat jam 2 petang, 21 Mei 2021, lebih 59,900 tandatangan telah berjaya diperoleh.

Petisyen yang dilancarkan pada 19 Mei 2021 itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.

Antara kesalahan Neelofa disenaraikan dalam petisyen tersebut ialah berhubung majlis perkahwian di ibu negara, serta rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah dan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Seorang warganet,  Zainu Mat Isa berkata tindakan pilih kasih pihak berkuasa menyebabkan rakyat berasa meluat dan kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luahnya.

Bagi Faryshah Zahirah, dia meminta maaf kepada Neelofa atas tindakan menandatangani petisyen tersebut.

“Saya minta maaf Neelofa, ini adalah cara untuk kami menghentikan tindakan kamu. Kami sudah penat,” tulisnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

16
2
2
2
10
You will be interested