Alam & Sains 10 Jun, 2020

Menjelang tahun 2050, khazanah laut akan musnah dan hilang?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

ABAD ke-21 (2001-2100) sudah berlaku pelbagai kemusnahan yang ketara bagi penduduk bumi dengan pelbagai pencemaran alam sekitar; sama ada di daratan, udara dan lautan akibat aktiviti perkilangan dan perindustrian. Para saintis dunia telah meramalkan akan datang akan berlaku pelbagai malapetaka yang mengerunkan manusia seperti pemanasan suhu global (3 hingga 5 peratus), kenaikan paras laut (4 sehingga 8 inci), kecairan aisberg (iceberg) di Antartika dan Artik serta banyak lagi. : KitaReporters


Lautan diibaratkan sebagai jantung kepada bumi seperti juga peranan utama jantung manusia yang mengepam darah ke setiap bahagian tubuh badan kita.

Ianya amat penting dan bermakna dalam kehidupan marin selain daripada manusia yang bergantung rezeki melalui sumber protein dan makanan laut seperti pelbagai spesies ikan, sotong, ketam, udang, rumpai laut, alga dan sebagainya.

Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day) disambut pada 8 Jun setiap tahun di seluruh dunia sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai peranan dan kepentingan laut pada peringkat global.

Di Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan peneraju dan penyelidikan dalam ilmu kelautan (marin) serta sumber akuatik negara.

Setiap tahun pelbagai program telah disediakan sebagai menghargai kepentingan dan peranan laut kepada manusia.

Turut terlibat dalam program tersebut ialah Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (ASMA); Bahagian Direkorat Oseanografi Kebangsaan (NOD); Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS); serta beberapa institut penyelidikan lain.

Hari Lautan Sedunia merupakan salah satu initiatif seluruh masyarakat dunia bagi menghargai serta merancakkan usaha bagi melindungi planet bumi.

Konsep World Oceans Day pada mulanya adalah merupakan cadangan serta usul asal dari Kanada dalam Earth Summit 1992 di Rio de Janeiro,Brazil; sebagai salah satu cara untuk menghargai lautan yang dikongsi bersama oleh negara-negara di seluruh dunia.





Pada tahun 2019, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Program ‘World Oceans Week’ (WOW’19) membawa slogan “Hindari Plastik Sekali Guna” (#hindariplastiksekaliguna) sebagai inisiatif UMT dalam usaha membebaskan lautan daripada pencemaran sisa plastik yang akhirnya memusnahkan hidupan marin. - Kitareporters


Sumber artikel:

http://www.sentiasapanas.com/2017/06/sambutan-hari-lautan-sedunia.html#ixzz6OVBpVFi6 http://www.sentiasapanas.com/2014/05/fakta-tentang-lautan-yang-anda-tidak.html#axzz6OV9OpOko

https://www.umt.edu.my/index.php?go=highlight&id=474

2
0
0
0
0
You will be interested