Alam & Sains 04 Jun, 2021

Berita Terkini| Penyakit kulit kental: Lebih 80k lembu disuntik! Tidak boleh jangkiti manusia!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... JPV di seluruh negara telah diarah mengaktifkan program pengawasan bagi mengesan, mengawal serta mencegah penularan wabak LSD pada ternakan lembu.


JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) di seluruh negara telah diarah mengaktifkan program pengawasan bagi mengesan, mengawal serta mencegah penularan penyakit kulit kental (LSD) pada ternakan lembu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata setakat ini JPV telah memberi suntikan terhadap 81,252 lembu di 9,108 ladang selepas terdapat tanda 89 ekor haiwan berkenaan dijangkiti LSD.

“Kita memandang serius wabak penyakit LSD ini dan usaha mengesan serta menyekat penularannya kini giat dilakukan di seluruh negara terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Syarat mengimport lembu hidup juga akan diperketatkan lagi supaya tiada lembu punyai penyakit LSD memasuki negara. Kita akan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi perkemaskan lagi kawalan di pintu masuk negara.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap konsainan lembu import yang menunjukkan gejala penyakit LSD di stesen kuarantin,” katanya menerusi satu kenyataan dilaporkan oleh Harian Metro, 4 Jun 2021.

Tambah Dr Norlizan, pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak lembu diminta segera hubungi pejabat perkhidmatan veterinar negeri atau daerah berdekatan jika mengesyaki ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang mereka menunjukkan gejala penyakit LSD.

Katanya lagi, penyakit LSD tidak zoonotik iaitu tidak menjangkiti manusia dan pihak JPV menafikan gambar individu yang tular dengan gejala di bawah mata disebabkan jangkitan LSD. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested