Alam & Sains 28 Jan, 2023

Tahu tak? Jalan lama Maran-Jerantut-Lipis sejauh 180km dibina 1939! Masih digunakan penduduk kampung!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Jambatan Sungai Kepung


SELEPAS 65 tahun negara mencapai kemerdekaan, jalan lama yang menghubungkan Maran-Jerantut-Lipis sejauh kira-kira 180 kilometer (km) yang dibina pada1939 iaitu sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua masih lagi digunakan.   

Ini dibuktikan apabila sebuah jambatan di Sungai Kepung, berdekatan Felda Sungai Tekam, Jerantut yang turut dibina pada tahun yang sama dan masih lagi digunakan penduduk sehingga hari ini.  

Jalan merentasi tiga daerah di negeri Pahang itu merupakan ‘lebuh raya’ terawal yang dibina penjajah British dari Pekan melalui Maran, seterusnya ke Jerantut menghala ke Lipis dan Batang Kali untuk ke Kuala Lumpur bagi tujuan pentadbiran dan mengangkut hasil mahsul Pahang ke Pelabuhan Port Swettenham (Pelabuhan Klang) waktu itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan infrastruktur jambatan

Nor Minah Abd Rahman menunjukkan batu tanda di jambatan Kampung Sungai Kepung yang dibina pada 1939 dan masih lagi digunakan sehingga hari ini.


Ironinya, inilah juga jalan yang sama pernah dilalui Sultan Pahang keempat, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah pada 16 Ogos 1945 dari Pekan ke Kuala Lipis untuk mengadakan pertemuan dengan Gabenor Pemerintah Tentera Jepun bagi negeri Pahang. Ketika itu Kuala Lipis adalah pusat pentadbiran negeri Pahang sebelum Kuantan.

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar bersama rombongan melalui jalan itu yang dikenali sebagai pekan Tong Kiat atau kini Sungai Jerik. Jalan tersebut masih dalam keadaan asal walaupun ada cadangan untuk melebarkan laluannya kira-kira 30 tahun lalu.

Ketua Kampung Anggerik Jengka Satu, Abdullah Ani, 65, berkata, rujukan buku ‘Peristiwa Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Di Ladang Ng Tong Kiat Pada Tahun 1945’ yang ditulis oleh Ungku Nazaruddin dari Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) membuktikan jalan terbabit mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Menurutnya, jalan tersebut sempit dan bengkang-bengkok serta berbahaya kepada kenderaan khususnya pada waktu malam, tetapi terpaksa juga digunakan oleh pengguna kampung tradisional dan Felda kerana tiada pilihan untuk urusan harian.

Laluan jalan ini ternyata penting kepada pengguna dari Maran atau Kuantan sebagai jalan pintas ke Jerantut dan Lipis. 

Terdapat juga destinasi pelancongan Lubuk Yu, Lubuk Ujid dan Kuil Sri Marathandavar yang menjadi tumpuan penganut Hindu,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Anggerik pada 24 Januari 2023 lalu.

Seorang lagi penduduk Felda Sungai Tekam, Mohamad Roziman, 54, berkata, jika diimbau sejarah lampau, Jalan Maran-Jerantut-Benta itu dibina sekitar 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri Pahang dengan bandar diraja Pekan.

“Jalan ini dibina sebelum merdeka dan sehingga ke hari ini ia masih digunakan penduduk kampung tempatan terutama penduduk sekitar untuk menjual hasil pertanian,” katanya.

Tidak salah kita gunakan jalan lama sekiranya masih selamat dilalui walaupun mengambil masa lama untuk sampai ke destinasi. Biar lambat asal selamat dengan pemanduan berhemah. - KitaReporters


15
12
0
9
0
You will be interested