- BERJUMPA di taman firdausi
- Berdua bermadu asmara
- Berpisah tak mungkin terjadi
SEBAHAGIAN daripada lirik lagu 'Taman Firdausi' alunan suara duet arwah Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma sangat tepat untuk menceritakan pautan cinta di bawah kegemerlapan neon di Pintasan Saloma, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang baru dibuka mulai Rabu, 5 Februari 2020. : KitaReporters.com
- Kerana bersumpah setia...
Photo Twitter @aqqashah.
Pintasan yang sangat selesa untuk pejalan kali, direka bentuk berdasarkan Bridge of Peace di Tblisi, Georgia. Bagaimanpun, konsep bumbungnya dibina berdasarkan reka bentuk kesenian Melayu, gubahan sirih junjung.
Jejantas itu menambah satu lagi mercu tarikan terbaru kota raya dan mendapat pujian ramai pengunjung yang kemudian telah memuatkan gambar yang dirakam khususnya waktu malam.
Pintasan itu sudah membanjiri Instagram pengunjung dan masing-masing meluah rasa bangga dan terharu kerana ada yang menjadi sebahagian daripada mereka yang terbabit menjayakan projek itu.
Fakhrul dalam Instagramnya meluahkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada peserta yang menjayakan projek jejantas sepanjang 370 meter dan gerbang sepanjang junjung sireh sejauh 69 meter itu.
Sumber Twitter @aqqashah.
Bukan saja reka bentuknya sangat menyerlah dengan tarikah neonnya warna-warni dan reka bentuk yang canggih, tetapi juga bakal menjadi tumpuan muda-mudi bersantai dan sudah tentulah pasangan pengantin tidak akan melepaskan saat malam untuk mencipta memori indah.
Pintasan menghubungkan Lorong Raja Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma di Menara Public Bank tidak jauh dengan menara KLCC.
Sebelum ini, penduduk di Kampung Baru perlu menempuh kesesakan trafik jika mahu ke KLCC. Kini mereka hanya perlu 10 minit untuk ke Menara Berkembar Petronas itu.
Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Zulukurnain Hassan yang memberitahu agensi Bernama, pintasan itu berharga RM31 juta yang mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.
"Jika berjalan kaki selalunya akan ambil masa 30 minit dari KLCC ke Kampung Baru melalui beberapa batang jalan yang sibuk. Tetapi kini pejalan kaki perlukan dalam tujuh minit saja," katanya.
Apa yang menariknya, pintasan ini akan menambahkan pengunjung di Kampung Baru itu terutama di pusat makanan di situ yang terkenal dengan restoran nasi lemak.
Kampung Baru juga 'syurga' pelbagai menu makanan dari lokal dan antarabangsa dari tomyam, asam pedas, makanan Barat sehinggalah nasi berlauk dan ulam kampung.
Selalunya tempat ini kerap dikunjungi pelancong luar negara selain mereka yang kerap ke Bukit Bintang.
Seorang pengunjung Corazonlatinito memuatkan lagu "Malam ku bermimpi"... berlatarbelakangkan jejantas gabungan warna biru, hijau, merah dan kuning sangat mempersonakan.
Sumber gambar The Star
Dijangkakan jejantas ini akan menjadi satu lagi 'port' muda-mudi dan pasangan bakal pengantin mengabdikan suasana itu dalam album kehidupan mereka.
Azizi Musa @azizimusa yang menayangkan gambar dalam dan suasana malam di pintasan itu mendapat 2.2k kicauan dan 5.7 like dan ramai yang terpaku dengan keindahan Pintasan Saloma itu.
Manakala gambar yang dirakamkan oleh seorang lagi pengunjung tempat itu, Lim Kok Hui dalam Istagramnya menerima puluhan like kerana pantulan bendera Malaysia sangat terserlah.
Dan foto itu sangat menarik perhatian para editor untuk menjadikan sebahagian daripada promosi mereka.
Sumber gambar Jomjalan.
Nama Salmah binti Ismail @ Saloma adalah ikon seniwati negara diberi penghormatan untuk pintasan itu.
Ia turut mencantikkan lagi Kampung Baru yang kini ada bangunan pencakar langit dan rumah-rumah Melayu tradisional.
Kampung Baru dan sekitar kawasan KLCC itu dipisahkan oleh Sungai Klang dan lebuh raya enam lorong, dan kini disambung oleh Pintasan Saloma itu. - KitaReporters.com