Alam & Sains 17 May, 2021

Berita Terkini| ATM sentiasa tingkatkan keselamatan siber! Arahan dalaman tular peringatan biasa

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

CDOC milik ATM sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menangani serangan siber


ARAHAN dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM yang tular menerusi media sosial sejak 16 Mei 2021 merupakan arahan biasa untuk peringatan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata aspek keselamatan dan pertahanan siber ATM sentiasa dipantau setiap masa bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani.

“Tindakan serta langkah-langkah sewajarnya perlu dilaksanakan pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber ATM serta Kementerian Pertahanan.

“Ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan pertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan digerakkan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.

“BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkukuh rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya menerusi satu  kenyataan pada 17 Mei 2021.

Sementara itu, untuk info, tular menerusi media sosial mengenai satu arahan dalaman ATM menyatakan ATM perlu meningkatkan pertahanan siber negara ekoran ancaman siber dari Israel. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested