Alam & Sains 23 Mar, 2020

NAK ISI MINYAK? BOLEHLAH PILIH FIVE SELEPAS INI

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Syarikat minyak baharu, FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd (FIVE) telah memperoleh kontrak bekalan dari Petronas untuk menjadi pembekal bahan api berkualiti tertinggi menggunakan jenama 'Ultimaxx’. Syarikat itu juga menawarkan persediaan stesen lebih kecil dan mudah untuk usahawan baru, yang akan merevolusikan pasaran runcit petroleum Malaysia. : KitaReporters

Gambaran stesen minyak FIVE.


Sehubungan itu, FIVE Petroleum Malaysia melancarkan jenamanya dengan pembukaan stesen pertamanya untuk perniagaan pada Mac 2020 di Kalumpang, Selangor. 

FIVE menerima lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Januari, 2020, yang menandakan usaha bebas pertama syarikat itu dalam perniagaan runcit petrol. 

Pelancaran jenama itu dilihat bersedia untuk merevolusikan industri petrol tempatan dalam memastikan penawaran bahan api ‘FIVE’ memenuhi piawaian kualiti tertinggi.

Sehubungan itu, syarikat telah memperoleh kontrak bekalan dari Petronas untuk menjadi pembekal bahan apinya, berjenama 'Ultimaxx’.

Bercakap mengenai pengumuman jenama dan perkongsian itu, Pengerusi FIVE Petroleum Malaysia, Dato Juhari Abdul Ghani berkata, “FIVE adalah syarikat tenaga bersatu yang bertujuan memenuhi permintaan Malaysia bagi meningkatkan bahan bakar yang lebih ekonomikal, mesra alam, sekali gus memenuhi tanggungjawab sosial.”

Syarikat ingin membantu Malaysia mencapai kejayaan dalam pembangunan negara, tambahnya dalam satu kenyataan media.  

Juhari Abdul Ghani bersama Pengarah Urusan FIVE, Dato Seri King Lim Chin Fui bergambar di hadapan stesen minyak FIVE.


Menurut beliau, FIVE akan diuruskan oleh pasukan yang sama membina Kumpulan Seng pada tahun 1971 sebagai peneraju dalam perniagaan runcit petrol selama hampir lima dekad dalam pembekalan dan menguruskan perkhidmatan pengedaran kepada operator stesen minyak, termasuk pembinaan stesen baru.

Selaras dengan kehendak warisan negara, FIVE berhasrat memberi pengalaman mengisi bahan apa tanpa kesulitan dengan mengintegrasikan teknologi dan inovasi generasi akan datang.

“Ia juga akan menjadi jenama petrol di Malaysia yang menawarkan persediaan stesen lebih kecil dan mudah untuk usahawan baru, yang akan merevolusikan pasaran runcit petroleum Malaysia,” ujar  Juhari. 

Tambah beliau, pelancaran FIVE mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk semua rakyat Malaysia memandangkan kriteria untuk menjadi pengendali stesen minyak lebih fleksibel.

“Ini juga bermakna stesen minyak  boleh dibuka di kawasan yang lebih terpencil memberi akses kepada penduduk yang berkehendak waima meningkatkan ekonomi Malaysia apabila lebih banyak peluang keusahawanan terbuka di pasaran,” sambung Juhari.


Dalam memenuhi trend era digital, setiap setesen petrol FIVE akan dilengkapi dengan aplikasi mudah alih baru bagi membolehkan pembayaran tanpa tunai.

Malah, syarikat  juga merancang untuk mengintegrasikan ciri-ciri perkongsian, ganjaran dan  ‘loyalty’ ke dalam aplikasi mudah alih tersebut dalam usaha untuk menguasai bahagian pasaran yang sedia ada. 

“Perkongsian sedemikian akan memainkan peranan penting untuk perkembangan kedai serbaneka stesen minyak, Woo! Mart serta faedah kepada program konsumer ‘loyalty’ yang bakal diumumkan kelak,” tambah Juhari.

Pendek kata, dorongan ke arah digitalisasi adalah sejajar dengan pelan tindakan Bajet Negara 2020. 

Daripada peruntukan bajet, jelas bahawa kerajaan telah menyertakan pemangkin kuat untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui ekonomi digital. 

FIVE akan menjadi syarikat tenaga digital pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia dan diharap pelan pembangunannya mampu menyokong memacukan perkembangan ekonomi negara.

Sebagai jenama tempatan kedua Malaysia, FIVE mahu menjadikan industri petrol lebih mudah diperoleh semua dan berpegang kepada 3 tiang utama sebagai asasnya iaitu Tenaga, Inovasi dan Manusia malah FIVE bercita-cita menjadi pemain utama dalam industri petroleum hiliran dengan menyediakan ‘Tenaga untuk Semua Orang’. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested