Alam & Sains 10 Dec, 2025

Kaca pun boleh buat duit! 60 sekolah rendah sertai Cabaran Kaca Pun Boleh! Kutip 107,202kg botol kaca!

Share this

Bermacam-macam cara dan kaedah boleh dilakukan bagi memperolehi sumber pendapatan khususnya barangan terbuang dan kitar semula.


Lagi kreativiti hasilan dari kaca yang dipamerkan.

Terkini 'Cabaran Kaca Pun Boleh' telah berjaya mengumpulkan sebanyak 107,202 kilogram botol kaca untuk dikitar semula melalui KitaRecycle dalam tempoh empat bulan oleh 60 buah sekolah rendah dari seluruh negeri Johor.

Juara bagi kategori 'Kutipan Kitar Semula Botol Kaca' tertinggi dengan lebih 26,000 kilogram botol kaca telah berjaya dikumpulkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (Pontian).

Manakala penerima 'Anugerah Khas-Sekolah Aspirasi' ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus (Pontian) yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.


Pemenang menerima hadiah wang tunai dari pihak penganjur dalam 'Cabaran Kaca Pun Boleh'.

Pengelola 'Cabaran Kaca Pun Boleh' iaitu SWM Environment dan Yayasan JCorp turut menampilkan anugerah khas bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan sekolah, murid dan guru sepanjang berlangsungnya program ini.


Antara kreativiti pelajar dalam 'Cabaran Kaca Pun Boleh'

Lagi kreativiti pelajar yang dipertonton.

Tahniah dan syabas kepada kesemua 60 buah sekolah yang sangat komited dalam menjayakan program terbabit.

Terbukti kerjasama semua pihak bagi  menjayakan pengumpulan botol kaca tersebut memberi manfaat berpanjangan dalam usaha pendidikan kelestarian alam sekitar di negeri Johor. - KitaReporters


Hadiah-hadiah bagi pelbagai kategori yang disediakan dalam 'Cabaran Kaca Pun Boleh'

Penganjur bersama guru dan pelajar yang memenangi pelbagai kategori yang dipertanding bergambar beramai-ramai pada 3 Disember 2025.

13
7
0
21
0
You will be interested