Alam & Sains 01 Dec, 2020

Tak boleh tutup mulut selepas nguap! Lelaki dibawa ke klinik

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MENGUAP adalah tindakan refleks penyedutan udara dan perengangan gegendang telinga diikuti hembusan nafas. Lazimnya berlaku apabila berdepan aktiviti yang memenatkan, stres, kerja berlebihan, kebosanan atau mengantuk. Tapi pernah tak berlaku ketika sedang ‘sedap’ menguap tiba-tiba bunyi ‘tup’, seolah-olah tulang rahang terkeluar daripada soket. : KitaReporters


JANGAN menguap terlalu luas kerana boleh menjejaskan kesihatan. - Kredit foto  tribunnews.


Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Lebih menyedihkan selepas bunyi berkenaan, mulut pula tidak boleh ditutup semula.

Sebenarnya kejadian itu dinamakan sebagai rahang terkehel.

kejadian sama berlaku kepada seorang lelaki di Makassar, Sulawesi, Indonesia yang berdepan detik mendebarkan apabila mulutnya tidak dapat ditutup semula selepas menguap.



Perkara demikian dikongsi seorang doktor @dr.helmiyaki_hk menerusi Instagram miliknya yang bertanggungjawab merawat seorang pesakit lelaki yang berdepan masalah terkehel rahang, sekali gus menyebabkan mulutnya tidak dapat menutup semula.

Dr. Helmi Kuswardhana yang juga pemilik HK Medical Central Makassar berkongsi lelaki berkenaan terpaksa dibawa ke klinik selepas mulutnya tidak dapat ditutup akibat menguap dengan terlalu luas.

Katanya lagi ketika membuat rawatan kepada lelaki berusia 45 tahun berkenaan dia dibantu seorang lagi kakitangannya yang terpaksa memegang bahagian kepala pesakit.

Manakala dia sendiri memasukkan dua jari ke dalam mulut pesakit sambil membetulkan kedudukan rahang yang terkehel.



“Jangan menguap terlalu lebar dan ketawa terlalu ngakak kalau tidak mau seperti ini,” kongsinya dalam media sosialnya yang menjadi tular baru-baru ini.

Walaupun mengambil masa yang sekejap untuk merawat pesakit tetapi memberi kesan mendalam kepada pesakit kerana terlalu panik. Malah kejadian rahang terkehel itu juga amat menyakitkan dan menyebabkan pesakit tidak selesa.

Tegas Dr. Helmi, masalah berkenaan berlaku biasanya disebabkan kelemahan otot pad bahagian mulut.

Katanya, jika dibiarkan tanpa rawatan, kejadian rahang terkehel itu boleh menjejaskan fungsi motor rahang, terutama fungsi mengunyah dan bercakap. 



Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak menguap dengan terlalu luas selain mengamalkan tutup mulut semasa menguap dan tidak membuka mulut dengan luas.

Semoga nasihat berkenaan memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih Doc! KitaReporters

2
6
0
0
0
You will be interested