Alam & Sains 31 May, 2021

Berita Terkini| Perkhidmatan Bas Rapid Kamunting ditamatkan 15 Jun! Tiada dana, kurang sambutan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Perkhidmatan bas Rapid Kamunting yang dilancarkan pada Mac 2016 lalu bakal ditamatkan perkhidmatan pada 15 Jun 2021 ini. - Kredit foto: orangperak.com 


Perkhidmatan bas Rapid Kamunting di Perak akan berakhir pada 15 Jun 2021 ini selepas memulakan operasi sejak lebih lima tahun lalu ekoran kekangan dana serta kurang mendapat sambutan.

Perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh Rapid Bas Sdn. Bhd itu merupakan satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh kerajaan melalui kerjasama beberapa pihak termasuk Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Menerusi satu kenyaataan Rapid Bus pada 31 Mei 2021, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan setia Rapid Kamunting di sekitar Taiping dan Kamunting kerana terpaksa menamatkan perkhidmatan di kawasan berkenaan.

“Rapid Kamunting disediakan sebagai usaha memangkin pertumbuhan ekonomi, kesalinghubungan dan kemudahan rakyat serta penduduk setempat. Sokongan dan dana dari NCIA telah tamat pada Februari 2019 lalu.

“Susulan penamatan itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak lagi menyatakan minat bagi meneruskan perkhidmatan Rapid Kamunting. Bagaimanapun, Rapid Bus masih meneruskan operasi untuk sediakan kemudahan pengangkutan awam walaupun terus alami kerugian.

“Sebagaimana syarikat pengangkutan awam lain, Rapid Kamunting tidak terkecuali terkesan dengan impak Covid-19 apabila  berlaku kemerosotan jumlah penumpang kepada 30 peratus sahaja,” katanya.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan ekoran keadaan yang kian meruncing, operasi Rapid Kamunting berhadapan cabaran getir untuk menampung kos pengoperasian sehingga satu keputusan berat terpaksa diambil untuk tamatkan perkhidmatannya. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
2
0
0
You will be interested