Alam Canggih 16 Jun, 2021

Satu ketika dulu! Kuala Berang pembekal kacang tanah di kilang Perak! Kini tinggal kenangan!

@noor hayati mamat
Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi (Filem dan Penyiaran). Mula menceburi dunia kewartawanan pada Mac 2006 sebagai wartawan akhbar.

Share this


Mungin ramai belum ketahui, selain daripada jagung, tanaman kacang tanah juga begitu sinonim dengan penduduk di kebanyakan kampung sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu suatu ketika dahulu. 

‘Bukan kaleng-kaleng’! Kacang tanah atau nama saintifiknya ‘arachis hypogaea’ hasil keringat petani dari Kuala Berang pernah menjadi antara pembekal bagi sebuah kilang produk kacang di negeri Perak Darul Ridzuan.

Peredaran zaman menyebabkan tanaman kacang tanah kini tidak lagi diusahakan secara tersohor seperti dulu, namun masih boleh ditemukan di beberapa kampung sekitar Kuala Berang seperti Bukit Gemuruh, Durian Bador, Kuala Pueh, Kuala Menjing serta Kampung Gaung.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertanian


Para petani yang masih setia mengusahakan tanaman kacang tanah di Kampung Durian Bador di daerah Hulu Terengganu


RASHID CHE EMBONG 


Berkongsi cerita, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Menjing, Rashid Che Embong, 66, berkata tanaman kacang tanah di kebanyakan kampung di Hulu Terengganu mencapai zaman kegemilangan tersendiri sekitar tahun 1970-an serta 1980-an.

“Bukit Gemuruh dan Kuala Menjing ini antara kampung yang terkenal dengan kacang tanah sehinggakan dijual sampai ke Perak. Keluasan tanaman berhektar-hektar, boleh dikatakan kebanyakan penduduk usahakan kacang yang juga dipanggil kacang Jawa ini.

“Memasuki tahun 1990-an ramai mula beralih pada tanaman getah dan kelapa sawit sehinggalah kini cuma tinggal seluas kira-kira 1.2 hektar di sempadan kampung sahaja dengan diusahakan tujuh individu termasuk saya.

“Tidak ramai generasi muda berminat teruskan pertanian ini. Bagi diri saya akan cuba usaha pertahankan selagi kudrat masih mengizinkan kerana satu kerugian jika dibiarkan terkubur begitu sahaja,” katanya ketika ditemui KitaReporters.


Tanaman kacang tanah di sempadan Kampung Bukit Gemuruh-Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang dahulunya ditanam secara meluas kini hanya tinggal seluas kira-kira 1.2 hektar sahaja.


Tambah Rashid, banyak kebun kacang di kampung-kampung yang dulunya seangkatan dengan Bukit Gemuruh dan Kuala Menjing kini telahpun hilang dari pandangan kerana tiada golongan muda menyambung tradisi dan beliau sendiri hanya mula usahakannya sejak lebih 20 tahun lalu. 

Kata beliau yang juga  bersama enam individu lain mengusahakan tanaman kacang tanah secara tradisional dan biasanya akan memulakan kerja-kerja awal proses penanaman pada Febuari saban tahun.

“Kerja-kerja menanam dilakukan berperingkat-peringkat, hasilnya diperoleh sekurang-kurangnya selepas 90 hari ditanam iaitu bermula sekitar Mei. Peringkat pertama tuaian hasilnya lebih banyak, bolehlah pendapatan kasar kira-kira RM1,000.

“Bagi satu musim hasil keseluruhan tanaman boleh cecah hampir 1,000 kilogram kalau bernasib baik atau tanaman semua menjadi. Harga jualan pula segantang RM14 dan pasaran buat masa ini cuma di sekitar daerah ini sahaja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sambutan atau permintaan sebenarnya ramai dalam kalangan generasi muda, cuma mereka tidak berminat ceburkan diri dalam sektor pertanian. Kacang tanah ini biasanya direbus dan dijadikan kudapan buat seisi keluarga,” ujarnya.


Rashid menunjukkan kaedah membuat lubang sebelum proses tanaman benih kacang tanah


Menyentuh mengenai benih tanaman, Rashid berkata dia serta petani lain hasilkannya sendiri dan perkara penting perlu diberi perhatian ialah perlu dipastikan benih itu benar-benar kering sebelum ditanam di dalam lubang yang dijarakkan antara satu sama lain.

Sementara itu, memetik info Wikipedia kacang tanah adalah spesis keluarga kekacang  berasal dari Amerika Selatan, Mexico dan Amerika Tengah dan ia merupakan tumbuhan herba semusim yang membesar sehingga 30 hingga 50 sentimeter.

Kacang tanah dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa penyakit seperti jantung, melegakan penyakit hemofilia serta menurunkan tekanan darah tinggi. - KitaReporters



 

You will be interested

Video| Ingatkan rakam hantu! Rupa-rupanya gajah! Mak! Larik! Gajah kejar! Nasib baik selamat!

Tular rakaman kehadiran lembaga besar berjalan dalam keadaan gelap yang disangkakan hantu tetapi seekor gajah yang sangat besar di Kampung Lukot, Kota Tinggi

Video| Pawang ular kebal bisa akhirnya mati dipatuk ular! Mangsa cuba cium mulut King Cobra!

Bernardo Alvarez, lelaki yang dapat jolokan sebagai manusia ular atau kebal dengan pelbagai spesis ular berbisa di Filipina akhirnya mati dipatuk tedung selar
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

MyDIGO gabungkan belia bidang digital untuk kongsi ilmu! Kursus pemasaran digital 15 Julai 2021!

Anak-anak muda berpengalaman luas dalam bidang digital tampil tubuh Pertubuhan Profesional Digital Kreatif (MyDIGO) sebagai platform penyebaran ilmu bidang itu
Khadijah Mohamad Nor in Alam Canggih 1 week ago

COVID-19: Terengganu rekodkan empat kluster baharu dalam tempoh dua hari! Kluster komuniti!

Terengganu yang sudah beralih kepada Fasa 2 PPN beri kejutkan dalam hadapi pandemik COVID-19 ini apabila empat kluster baharu direkodkan dalam tempoh dua hari
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago