Alam & Sains 27 May, 2021

Berita Terkini| Kompaun individu gagal hadir suntikan vaksin! Kerajaan wajar pertimbang cadangan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan… Kerajaan wajar kenakan tindakan kompaun kepada individu yang gagal hadir sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah. - Kredit foto: Kompas.com


Individu yang gagal hadir sesi janji temu vaksinasi tanpa sebarang alasan munasabah atau logik wajar dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata kegagalan individu untuk hadir telah menganggu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) negara.

“Kerajaan boleh pertimbangkan jumlah kompaun sesuai dikenakan kerana disebabkan mereka gagal hadir ia mengakibatkan negara lewat capai sasaran imuniti kelompok. Keluarkan kompaun jika didapati secara sengaja atau gagal hadir tanpa alasan munasabah.

"Mereka ini juga turut mengancam keselamatan vaksin yang berkemungkinan rosak akibat tidak digunakan mengikut had masa ditetapkan,” katanya dipetik laporan Berita Harian, 27 Mei 2021.

Tambah beliau, kerajaan juga wajar mewujudkan sistem penggiliran khas bagi menggantikan individu yang gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi dan dahulukan sesiapa sahaja yang sudah lama mendaftarkan diri untuk vaksinasi. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



0
2
0
0
6
You will be interested