SEORANG ibu hilang dua anak perempuan ketika tidur di rumah datuk mereka di Tenzirt apabila mereka maut bersama lenyapkan kampung itu yang terletak di Pergunungan Atlas ketika gempa bumi berskala 6.8 hikter melanda Maghribi pada 8 September 2023, sekali gus jumlah kematian meningkat 2,900 mangsa.
Gempa yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.11 malam membabitkan kawasan Pergunungan Atlas, kira-kira 72 kilometer (44.7 batu) di selatan Marrakech, bandar yang didiami oleh 840,000 penduduk.
Kesan gegaran juga boleh dirasakan sehingga ke utara Casablanca.
Dua gadis itu dikatakan meminta untuk menemani datuknya yang suka melayan mereka bermain-main, bercerita dan tertawan dengan gelagat datuknya suka gelak lucu, penuh dalam suasana kasih sayang.Gempa itu juga membuatkan kampung Tenzirt hilang daripada peta dunia serta merta pada malam kejadian.
Jika itu mimpi ngeri buat ibu terbabit, perit lagi di saat penduduk yang masih panik kerana tidak menyangka terbabit dalam kejadian buruk itu, menyebabkan mereka menunggu di tepi jalan dengan harapan ada yang sudi menumpang mereka ke tempat selamat.
Ramai lari ke ibu kota dan berpindah ke bandar lain di Maghribi.
Malangnya di kampung Tenzirt tu, tiada pengangkutan darat. Cuma ada sebuah trak yang pemandunya sibuk membawa penumpang, menghantar mangsa gempa dan ibu-ibu hamil ke hospital.
Bukan itu saja, masjid tua Masjid Almohad Tin Mal (Gambar atas) di kampung Tiinmel, pinggiran Gunung Atlas yang juga disenaraikan oleh UNESCO dan dirancang pemulihan tujuh bulan lalu oleh Kementerian Hal-Ehwal Islam Maghribi lalu turut ranap.
Paling sedih mungkin Masjid Kutubiyya atau Koutoubia (gambar atas) turut ranap.
Selama ini masjid itu adalah lambang negara Maghribi apabila di menaranya setinggi 250 kaki membolehkan orang ramai melihat segenap sudut bandar itu.
Ia dibina sekitar abad ke-12 sudut dan dikatakan masjid paling besar di Marrakesh.
Masjid ini dibina pada 1147 oleh pemimpin Empayar Almohad, Kalifah Abd al-Mu'min selepas menawan negara itu daripada Empayar Almoravid.
Suasana di Lembah Arghen selepas kejadian gempa bumi. - Kredit gambar Nacho Doce/Reuters
Malah dilaporkan bantuan juga agak lambat menyebabkan penduduk di kawasan pergunungan itu terpaksa berkongsi selimut dan kaum lelaki pula terpaksa menahan kedinginan suhu malam.
Manakala pusat peranginan turut terjejas perniagaan dan dikosongkan akibat malapetaka yang disifatkan paling buruk sejak 60 tahun lalu.
Masjid tertua pada abad ke-12 Masjid Kharbouch yang ranap akibat gempa bumi. Kredit Smithsonian.
Bandar Marrakesh atau nama sebelum ini Medina adalah bandar bersejarah yang diwartakan oleh UNESCO dan sebuah masjid purba Masjid Kharbouch sebagai mercu tanda, dibina pada abad ke-12 oleh Yusuf ibn Tashufin, pengasas Empayar Almoravid.
Marrakesh dijadikan ibu kota sebelum jatuh ke tangan dinasti yang lain.
The New Arab melaporkan Masjid Kharbouch di Dataran Jama El Fnaa adalah pusat pertunjukan seni tradisional dan penglipur lara mengadakan aktiviti.
Sementara itu, pegawai kanan Pusat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Eric Falt, menulis dalam Instagramnya, menyifatkan masjid purba itu musnah teruk daripada yang dijangkakan.
Namun usaha untuk menyelamatkan mangsa gempa perlu didahulukan.
Eric memberi jaminan, bangunan yang disenaraikan sebagai warisan tamadun dunia akan dibaiki dalam fasa kedua bersama sekolah dan pusat budaya.
“Sayang sungguh kami hilang bandar bersejarah yang maju sejak awal abad ke-17 lagi," Alhaj Ahmed, tukang ukir berusia 72 tahun yang terpaksa menutup kedainya.
Sementara itu, Hotel Pestana CR7 Marrakech, usaha sama oleh pemain bola Portugal, Cristiano Ronaldo dan Pestana Hotel Group menafikan hotel itu dijadikan tempat perlindungan kepada mangsa gempa bumi.
Jurucakap hotel yang dilaporkan oleh agensi Reuters, menafikan pihaknya menyediakan kemudahan itu sebagaimana laporannya diviralkan dalam talian dan mendapat 27,000 reaksi serta dikongsi sebanyak 737 kali.
Di daerah Ouirgane pula walaupun terselamat dalam gempa bumi, pemilik rumah tamu, The Kasbah La Dame Bija menutup perniagaannya apabila tempahan sudah dibatalkan.
Ramai pengusaha bimbang sama ada pelancong mahu datang lagi ke kawasan itu pada masa depan.
"Gempa ini bukan saja meragut nyawa penduduk tetapi juga kampung kami yang bergantung pendapatan kepada sektor pelancongan," kata Abderrahim Bouchbouk, pemilik rumah tamu sembilan bilik yang dibangunkan oleh datuknya.
"Tiada pelancong, tiada kerja dan tiada pendapatan," kata Mohamed Aznag, pelayan kafe di rumah tamu Dar Izergane di Tasa Ouirgane.
Dia turut hilang dua anaknya serta bimbang masa depan untuk menyara keluarganya. - KitaReporters
Suasana lengang di kolam mandi rumah tamu Kasbah La Dame Bija selepas tempahan dibatalkan