Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni.
BENARKAH populasi harimau akan pupus pada masa hadapan? Apa sudah jadi dengan nasib survival ‘Pak Belang’ ini?
Dunia kini
telah kehilangan tiga jenis spesies harimau atau ‘kucing besar’ iaitu terdiri
daripada harimau Bali (Panthera tigris balica) yang pupus 1937, harimau Jawa (Panthera tigris sodaica) pada tahun 1972 dan harimau Kaspian (Panthera
tigris virgata) pada tahun 1950.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harimau-harimau
Seabad
lalu, terdapat kira-kira 100,000 ekor
harimau menghuni di hutan-hutan rimba Asia.
Pada tahun 2018, data yang direkodkan adalah sebanyak 4,716 ekor harimau atau 4.17 peratus sahaja yang masih hidup.
Angka
sebenar mungkin semakin merosot setiap tahun apabila tahun berikutnya (2019) hanya 3,000
harimau dilaporkan masih ‘mengaum’ dan tinggal di hutan seluruh dunia.
Sebanyak 13 buah negara (anggota) mempunyai
habitat harimau terbanyak, di mana India
mendahului senarai pertama iaitu 2,967
ekor atau kira-kira 70 peratus keseluruhan populasi harimau di seluruh
dunia.
Kemudian
diikuti Rusia 433 ekor, Indonesia (371),
Malaysia (250), Nepal (198), Thailand (189), Bangladesh (106), Bhutan (103), Myanmar (85)
dan baki 14 ekor berada di Cina, Vietnam, Kamboja, dan Laos. (Data 2018).
Sekilas fakta tentang harimau Malaya. - Dipetik dari sumber Bernama.
Di Malaysia, kita boleh berbangga kerana memiliki satu daripada enam subspesies harimau
yang masih wujud di dunia iaitu ‘harimau
Malaya’ atau nama saintifiknya, Panthera tigris jacksoni daripada famili
Felidae.
Corak belang menegak berwarna hitam yang melapisi bulunya warna putih dan merah kejinggaan di badannya dianggap unik dan menarik serta dikatakan mempunyai fungsi untuk melakukan penyamaran terhadap mangsa.
Raja rimba
ini adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan diletakkan di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan
Alam Sekitar (IUCN).
Beberapa keratan akhbar melaporkan betapa serius berlakunya kepupusan harimau Malaya sejak akhir-akhir ini. Jika perkara ini berterusan maka sudah pasti dalam tempoh 10 tahun akan datang tiada lagi kelibat harimau dapat ditemui di negara kita.
Malangnya ‘harimau Malaya’ ini sentiasa terancam nyawanya, lebih-lebih lagi diburu oleh pemburu-pemburu haram sama ada tempatan atau luar negara.
Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
telah mengadakan lebih 1,000 operasi dalam Program Perlindungan Harimau dan
Rondaan (TP3) yang dijalankan dari 2013 hingga 2018.
Hasil
program tersebut Perhilitan turut menemukan sejumlah 3,500 jerat dipasang di dalam hutan dan 162 orang penceroboh atau pemburu berjaya ditahan membabitkan
kesalahan jenayah hidupan liar.
Operasi
mengesan penjenayah hidupan liar itu dijalankan bersama Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam tempoh empat tahun sejak 2018, negara telah kehilangan lebih 100 ekor harimau disebabkan pelbagai faktor seperti hilang sumber makanan, pemburuan haram, penebangan pokok-pokok balak, penggondolan bukit-bukau, pembukaan ladang pertanian (skala besar), pembangunan industri seperti kuari, penempatan baharu manusia (perumahan), pembikinan lebuh raya dan sebagainya.
Pada awal Januari 2022, dalam
mesyuarat pertama Pasukan Petugas
Kebangsaan Konservasi Harimau Malaya (MyTFF) Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut
melahirkan kebimbangan mengenai berlakunya kepupusan harimau Malaya di negara
ini, berikutan pendedahan rekod terbaharu jumlah harimau Malaya dikatakan kurang 150 ekor.
Menurut pakar sebuah badan bebas Survei Harimau Kebangsaan Pertama (1st NTS) meramalkan
dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang
spesies harimau Malaya akan pupus
jika tiada tindakan pemuliharaan atau konservasi dilakukan oleh pihak berwajib.
Harimau Malaya yang menjadi kebanggaan
dan lambang jata negara bakal berdepan kepupusan jika tiada kesedaran orang
ramai (manusia) tentang nasib kelangsungan kehidupan harimau negara pada masa depan.
Sambutan ‘Hari Harimau Antarabangsa’ atau International Tiger Day acapkali disambut pada 29 Julai setiap tahun.
Sejarah tercetusnya hari bersejarah haiwan ‘ganas’ tersebut ketika berlangsungnya International Tiger Summit atau Sidang Kemuncak Harimau Antarabangsa pertama pada 2010 di St. Petersburg, Rusia. - KitaReporters.
Selamat Hari Harimau Antarabangsa! - KitaReporters
Sumber:
https://koran.tempo.co/read/parameter/444533/populasi-harimau-terbanyak-di-india
https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/08/717155/populasi-harimau-dunia-bertambah-namun-ancaman-kritikal-wwf
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/03/435693/selamatkan-harimau-kita
https://www.awarenessdays.com/awareness-days-calendar/international-tiger-day-2022/
"Sejarah Hari Harimau Sedunia Tanggal 29
Juli: Agar Macan Tak Punah", https://tirto.id/effe)
https://youtu.be/SPi_zMe5PZk