Alam & Sains 21 Apr, 2021

Berita Terkini| Pencawang utama Meru terbakar! 8 kawasan sekitar Klang alami gangguan elektrik

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi untuk kerja membaik pulih bekalan elektrik.  Kredit Foto freemalaysiatoday.


LAPAN kawasan sekitar Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Meru terbakar, pada Rabu, 21 April 2021.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline memaklumkan, antara kawasan terjejas adalah Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Taman Alam Suria, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cherakah, Bandar Hillpark, Astana Alam 2 dan Kuala Selangor.

Kenyataan ymedia ang dimuat naik dalam Facebook rasmi TNB itu memberitahu pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi untuk kerja membaik pulih bekalan elektrik.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran berkenaan pada jam 5 pagi.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian di Jalan Felda 2 Puncak Alam.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kabel pencawang elektrik utama, bagaimanapun kejadian tidak membabitkan mangsa, kemalangan jiwa atau struktur bangunan,” katanya, seperti memetik laporan Harian Metro. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

LAPAN kawasan di Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Meru terbakar .Kredit Foto my.worldorg.com

1
0
0
0
0
You will be interested