Gambar hiasan...Masjid dan surau di Melaka akan memasang doa pohon perlindungan daripada Covid-19 dan kesejahteraan rakyat Palestin. Kredit foto: Gotomelaka.blogspot.com
SEMUA masjid dan surau di Melaka akan memasang rakaman doa khas bagi memohon perlindungan Allah daripada Covid-19 menerusi alat siar raya rumah ibadah berkenaan bermula 29 Mei
2021.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata kekuatan
bunyi cukup untuk didengari serta
diaminkan oleh ahli kariah di kawasan masing-masing.
“Selain doa
mohon perlindungan daripada Covid-19 serta kesejahteraan rakyat Palestin yang
dizalimi rejim Zionis, semua masjid dan surau juga akan memperdengarkan bacaan
Yasin, al-Quran. Arahan berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh ditentukan
kelak.
“Kerajaan
Negeri bersetuju supaya masjid dan surau perdengarkan bacaan Yasin selepas
solat maghrib setiap hari, manakala doa dan ayat al-Quran pula diperdengarkan selepas waktu azan serta
selepas solat subuh, zuhur, asar dan isyak.
“JAIM
menyediakan fail audio rakaman doa berkenaan dan bacaan Yasin yang boleh dimuat
turun menerusi laman web www.jaim.gov.my atau menerusi laman Facebook JAIM,” katanya
menerusi satu kenyataan pada 29 Mei 2021.
Tambah
beliau, semua urusan berkaitan hendaklah diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan
surau di seluruh negeri. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter