Alam & Sains 08 Mar, 2022

Video| Betul ke ni! Ada sindrom air mata buaya? Lelaki ini nangis setiap kali dia jamah makanan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBUT sahaja makanan pasti membuatkan kita tersenyum lagi-lagi jika makanan tersebut adalah makanan kegemaran. Jadi tidak pelik jika ada yang menganggap makan juga dianggap terapi bagi seseorang!

Namun berbeza dengan seorang lelaki dari China yang menjadikan makanan sebagai sesuatu yang tidak menyenangkan kepadanya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkara-perkara pelik



Pelik kan? Tapi itulah realiti yang berlaku kepada lelaki dari Wuhan, China itu apabila setiap kali menjamah makanan menyebabkan matanya berair seperti menangis.

Lebih menggerunkan apabila air matanya semakin banyak apabila ketika dia perlu mengunyah makan dalam tempoh  lama. Pasti menjadi tidak selesa kan.. lagi-lagi ditempat awam!

Situasi yang dialami menyebabkan lelaki yang dikenali sebagai Zhang itu terpaksa mengelak menikmati hidangan di tempat awam bagi mengelak air matanya mengalir dan menjadi sesuatu yang pelik kepada orang ramai

Memetik portal Oddity Central, Zhang pada awalnya tidak menganggap perkara itu sebagai masalah namun ia berlarutan sehingga mengganggu privasi hidup menyebabkan dia terpaksa menjauhkan diri saat ingin menjamah makanan supaya tidak dilihat orang lain yang mengganggap satu kelainan.

Mungkin tidak tahan yang dialami, Zhang akhirnya memutuskan untuk bertemu dengan doktor.



Sangat mengejutkan apabila doktor yang merawatnya mengesahkan pemuda berkenaan mengalami sindrom air mata bBuaya iaitu penyakit jarang berlaku yang menyebabkan pesakit mengalirkan air mata setiap kali makan.

Alamak!.. Apa tu?

Doktor yang merawat Zhang, Dr Cheng Chinh mejelaskan penyakit yang dialami lelaki berkenaan adalah berkait rapat dengan kelumpuhan muka.

Katanya, proses pemulihan daripada lumpuh muka menjejaskan aktiviti kelenjar lakrimal terutama pada mata kirinya.

“Semasa tempoh pemulihan, serat saraf muka menjadi salah arah dan saraf saliva akhirnya mengalir ke kelenjar lakrimal dan bukannya kelenjar submandibular.

“Akibatnya, ia merangsang kelenjar lakrimal untuk menghasilkan air mata,” katanya.



Malah Ketua Jabatan Oftalmologi sebuah hospital di Wuhan itu menjelaskan, gejala sindrom air mata buaya berbeza setiap pesakit dan lebih banyak kes ringan biasanya diuruskan dengan kaunseling dan pemantauan berkala.

Katanya lagi, dalam kes yang lebih teruk, rawatan yang paling popular ialah suntikan toksin botulinum ke dalam kelenjar lakrimal untuk menghentikan penghantaran sepanjang gentian saraf yang dijana semula secara menyimpang ke kelenjar yang terjejas. Kesan toksin itu bertahan sekitar enam bulan.

Zhang yang tidak mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan terpinggir itu akhirnya memilih pembedahan sebagai solusi kepadanya.

Lebih membanggakan Zhang kini berada dalam keadaan lebih baik selepas berjaya menjalani pembedahan.

Syukurlah... tidak perlu lagi makan menyendiri selepas ini, mungkin juga boleh menikmati bersama rakan-rakan seperti insan lain. - KitaReporters


16
11
0
13
0
You will be interested