Tangkap layar daripada video tular yang mendakwa kononnya ada individu meninggal dunia akibat varian baharu Covid-19 di Senai, Johor.
Jabatan
Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada varian baharu Covid-19 dikesan di negeri itu sehingga kini termasuk berkaitan
satu video tular yang mendakwa seorang individu maut kerana serangan varian
baharu Covid-19.
Pengarah
Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata hasil siasatan dijalankan mendapati
pesakit yang dirakam dalam video berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes
Covid-19 yang melanda seluruh negara.
“Tiada varian baharu Covid-19 didapati di Johor setakat ini. Individu meninggal dunia dalam video tular disebabkan faktor lain bukannya bersabit kes Covid-19,” katanya yang dipetik laporan oleh Utusan Malaysia, 25 Mei 2021.
Terdahulu,
tular satu video menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang menguruskan
seorang individu dipercayai meninggal dunia di tepi jalan sambil diperhatikan
orang awam.
Penularan
video berdurasi 32 saat itu turut disertai maklumat yang mendakwa kononnya
kejadian berlaku di Senai, Johor Bharu dan mangsa positif Covid-19 dengan varian
baharu yang berasal dari India. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter