Alam & Sains 06 Mar, 2021

Harimau jantan Awang Rasau dah tiada! Hidup menderita selama 2 minggu selepas ditembak 8 kali!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

AWANG Rasau mati pada 12 tengah hari, 5 Mac 2021 selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa haiwan itu gagal.


HARIMAU jantan yang diberi nama Awang Rasau hidup menderita sejak dua minggu lalu akibat lapan butir peluru berada di dalam badannya. Kini si belang itu sudah tiada lagi selepas haiwan berkenaan mati di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 tengah hari, 5 Mac 2021.

Lapan butir peluru yang ada di dalam badan haiwan itu akibat tembakan dari pemburu haram sebelum Awang Rasau ditangkap di Ladang Kelapa Sawit Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu pada 22 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan harimau:

https://kitareporters.com/tag/harimau


Harimau Awang Rasau kebal! 5 butir peluru dalam badan! Dirawat di pusat menyelamat Perhilitan

HARIMAU jantan Awang Rasau 


Ketika haiwan itu mula ditangkap ia sudah kelihatan tidak bermaya menyebabkan Awang Rasau terus dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak

Bagaimanapun, pada 3 Mac 2021 lalu, pak belang itu terpaksa dipindahkan ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Serdang apabila penyakit yang dialami akibat kesan peluru dibadannya semakin bertambah parah.

Laman Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia berkata kematian Awang Rasau kerana berpunca komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka pada kakinya.


SEMASA Awang Rasau dirawat di NWRC Sungkai, Perak pada 2 Mac 2021 sebelum dipindah ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM



Kesan tembakan daripada lapan butir peluru itu juga turut mengenai paru-paru serta sistem sarafnya mengakibatkan harimau itu lumpuh separuh badan dan pergerakannya hanya bergantung pada kaki hadapannya sahaja. 

PERHILITAN telah sedaya upaya untuk menyelamatkan haiwan itu selepas dipindahkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar Hospital Veterinar di UPM sejak 3 Mac 2021 tetapi ia tidak berhasil.



``Berita ini amat menyedihkan kami kerana kita telah kehilangan seekor harimau jantan yang beratnya 160 kilogram walaupun sebelum ini pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan haiwan itu,'' ujar PERHILITAN dalam akaun Facebooknya. 

Sebelum Awang Rasau ditangkap dalam operasi di Felda Kerteh 3 itu, harimau itu dikatakan telah memakan 35 ekor lembu milik peneroka Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4. - KitaReporters


SEMASA rawatan di Fakulti Perubatan Veterinar UPM sebelum kematian Awang Rasau pada 5 Mac 2021.

0
0
2
0
4
You will be interested