Alam & Sains 24 Mar, 2020

HELO HALO!! FENOMENA OPTIKAL DI LANGKAWI

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this
Suasana gempar bagi penduduk Pulau Langkawi, Kedah apabila berlaku fenomena halo matahari atau optikal yang berlaku pada tengah hari Isnin, 23 Mac 2020Halo adalah adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari dan membentuk seperti cincin. : KitaReporters

Fenomena Halo yang kelihatan di Langkawi pada 23 Mac 2020. Halo terbentuk oleh kristal-kristal ais yang terdapat di awan sirrus (cirrus), pada ketinggian 30,000 kaki dari bumi. - Kredit foto: Warganet Langkawi


Info menarik mengenai fenomena Halo

Fenomena halo atau bermaksud bulatan dalam bahasa Greek. Ia adalah lingkaran cahaya seakan-akanpelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia juga dikenalifenomena optik.

Fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksicahaya matahari atau bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di awan nipissirrus (cirrus).

Apa yang berlaku disekitar awan sirrus nipis tu?

Di ruang atmosfera bumi terdapat pelbagai jenis gas, seperti nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), sedikit argon (1%), karbon dioksida, wap air dan lain-lainnya. 

Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraungu dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 

Pada kedudukan awan sirrus yang amat tinggi, pada aras 30,000 kaki ke atas dari bumi; biasanya wap air akan membeku lalu membentuk kristal-kristal ais bersuhu negatif 40 darjah Celsius.

Apabila cahaya matahari memasuki kristal-kristal ini, ia akan dibiaskan sebanyak 22 darjah.

Kenapa 22 darjah?

Ia disebabkan kristal itu sendiri berbentuk heksagon, lalu mengakibatkan cahaya matahari terbias pada sudut tersebut.

Cahaya matahari yang dibiaskan 22 darjah apabila ia memasuki ketulan kristal ais. - Sumber: http://falakonline.net/


Adakah halo boleh kelihatan di seluruh dunia secara serentak?

Tidak. Kejadian halo ini wujud berdasarkan lokasi di mana wujudnya kristal-kristal ais tersebut. 

Maka, ia mungkin boleh kelihatan di Langkawi sahaja tetapi tidak di Kuala Lumpur.

Adakah kejadian ini berlaku setiap tahun?

Tidak. Ia berlaku hasil daripada pergerakan udara, awan dan seumpamanya. 

Kita sedia maklum, pergerakan awan dan cuaca sering berubah-ubah dan sukar diramal dengan tepat. Oleh itu fenomena ini tidak berulang dalam jangka waktu yang konsisten.

Adakah saiz bulatan atau lingkaran di sekeliling matahari itu akan membesar?

Bulatan halo tidak akan membesar, Ia akan kekal pada 22 darjah dari matahari.

Sebesar mana 22 darjah tu? Kedudukannya adalah lebih kurang sejengkal tapak tangan kita dari matahari.

Saiz halo sentiasa 22 darjah (atau sejengkal tapak tangan) dari kedudukan matahari. - Sumber: http://falakonline.net/


Sementara itu, kejadian fenomena halo di Langkawi disahkan oleh Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi (ONL), Karzaman Ahmad menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro.

Tidak apa yang perlu dibimbangi atau berasa panik kerana ia adalah satu fenomena alam semula jadi," katanya.

Penduduk pulau legenda Mahsuri teruja berkongsi foto tentang keindahan Fenomena ‘Halo Matahari’ yang berlaku ketika waktu tengah hari pada 23 Mac 2020. - Kredit foto: Warganet Langkawi

KitaReporters.com

 



4
0
0
0
0
You will be interested