Alam & Sains 15 May, 2020

MARii tawar program! Tingkat kebolehan hadapi norma baharu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MENGHADAPI norma baharu yang dilalui rakyat di negara ini pasti berdepan kesukaran maklumlah jika sebelum ini boleh kita bebas bertemu dan bermesyuarat sambil berurusan secara langsung, tetapi kini lebih banyak aspek dunia digital diperlukan dan diperkasakan. : KitaReporter.

PENGETAHUAN asas seperti reka bentuk, percetakan 3D, simulasi, realiti maya antara yang akan diajar dalam program yang ditawarkan oleh MARii. - Gambar hiasan


Dalam mengatasi situasi berkenaan, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) tampil menjadi ‘orang tengah’ dengan mengetengahkan pelbagai program khas bagi memperkasa kebolehan daya saing pelbagai pihak yang terdiri pekerja, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat besar.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata, beberapa program telah disusun dalam usaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran spesifik dalam penggunaan teknologi baharu sejajar dengan ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari menegaskan usaha berkenaan bertujuan membantu golongan yang terkesan akibat penurunan ekonomi dengan menambah baik kemahiran dan pengetahuan. - Kredit foto: FB MARii Malaysia


“Dalam usaha meningkatkan kerjaya yang kini mengguna pakai teknologi Revolusi Industri 4.0, MARii tampil mengemas kini program pembangunan modal insan seperti Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menariknya, program berkenaan juga dikhususkan bagi lepasan universiti dan kolej dan Pensijilan Profesional Berasaskan Industri (IPC) bagi lepasan sekolah.

Jadi pelajar lepasan sekolah dan university kini berpeluang untuk menyertai dan mendapatkan pengetahuan baharu, katanya.

Madani berkata, program tersebut menerapkan mengenai pengetahuan asas seperti reka bentuk, proses pembuatan dan pengurusan kualiti serta telah diperbaharui untuk merangkumi teknologi terkini seperti pengurusan data raya, percetakan 3D, simulasi, realiti maya dan sebagainya.

Untungnya…macam-macam program ada!!

Jadi apa lagi, jangan lepasan peuang ini wahai anak muda!

PROGRAM yang ditawarkan MARii memberi peluang kepada PKS untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknologi industri 4.0. 


Madani pada masa yang sama, menegaskan usaha berkenaan bertujuan membantu golongan yang terkesan akibat penurunan ekonomi dengan menambah baik kemahiran dan pengetahuan.

Malah, memberi peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang teknolog industri 4.0 terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS). 

“Syarikat-syarikat turut dapat menggunakan program-program ini untuk melatih dan menyesuaikan semula pekerja-pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan kritikal bagi menjangkaukeperluan ekonomi digital,” katanya.

Malah PKS turut difokuskan untuk menyertai program yang ditawarkan. 

PKS turut disaran menyertai program yang ditawarkan bagi meningkatkan penerapan teknologi  dalam urusan perniagaan mereka ceburi. - Kredit foto: FB MARii Malaysia


Menurut Madani, syarikat-syarikat berupaya meningkatkan penerapan teknologi digital melalui Program Pembangunan Usahawan Teknologi (TDP) dan Platform Teknologi Pintar MARii (MITP) yang dilancarkan baru-baru ini. 

Katanya, program-program seperti Sistem Pengeluaran Lean (LPS), Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP) dan Program Transformasi Bengkel (WTP) telah dirangkum khas bagi meningkatkan keupayaan syarikat dalam aspek perniagaan dan operasi seperti pengurusan kewangan, pemasaran, kualiti dan penerapan teknologi digital yang membantu peniaga menyesuaikan perniagaan kepada era pasca-COVID-19.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program anjuran MARii boleh melayari laman web www.marii.my, email ([email protected]) atau saluran media sosial (FB @MARiiMalaysia). - KitaReporter

8
0
0
0
0
You will be interested