Alam Canggih 26 May, 2021

Berita Terkini| Fenomena 'bulan berdarah' petang ini! JAWI saran solat sunat, Khutbah Gerhana!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit. - Foto Agensi Angkasa Malaysia


FENOMENA gerhana bulan penuh atau 'bulan berdarah' dijangka dapat disaksikan bermula sekitar jam 4.47 petang ini, 26 Mei 2021 dan berakhir kira-kira jam 9.50 malam.

Fasa penuh fenomena gerhana 'Super Flower Blood Moon' hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun penduduk di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)  menerusi laman web berkata, fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee).

Kejadian itu berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat sunat dan Khutbah Gerhana selepas solat maghrib hari ini, Rabu, 26 Mei 2021, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

JAWI dalam satu kenyataan pada Rabu, 26 Mei berkata makluman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku antara jam 7.18 hingga 8.52 malam ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

JAWI berkata fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. - Kredit foto: JAWI

0
1
0
0
0
You will be interested

iKool! UIAM hasilkan salap bahan semula jadi legakan masalah batuk, selesema! Gejala Covid-19!

4 penyelidik dari Kulliyyah Farmasi UIAM diketuai Dr. Farahidah Mohamed hasilkan ubat salap untuk legakan gejala batuk dan selesema. Salap ini diberi nama iKool

Roslan Rusly in Alam Canggih 1 week ago

Penggali kubur terkejut! Jumpa tengkorak manusia, harta karun! Cincin, gelang emas ditemukan!

4 penggali kubur di Jatibaru Timur, Asakota, Kota Bima NTB terkejut apabila temukan tengkorak manusia bersama harta karun berupa cincin, gelang, anting emas
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Apabila cinta kepada kucing jadi usaha perniagaan! Nazirul, Zuhaili buka kedai, hotel kucing!

Mohd. Nazirul Ramli, isterinya, Zuhaili Chasmani labur RM85 ribu hasil simpanan mereka bagi realisasikan keinginan untuk memiliki sebuah kedai haiwan peliharaan
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 3 days ago

Larangan rentas negeri, nikah patuhi SOP! Pernikahan Noor Syawatul, Izzuddin guna Google Meet!

Bagi beri peluang saudara-mara lihat majlis pernikahan anak sulung di Kota Bharu, Norhayati Mohd Noor ambil inisiatif siarkan majlis guna pautan Google Meet
Rosdi Ismail in Alam Canggih 3 days ago

Video| Lama menghilang! Ayie Leon temukan kehidupan baharu masa PKP! Kini jatuh hati pada Mico!

Hampir dua tahun hilang dari radar industri muzik sejak PKP, Ayie Leon tak pernah tinggalkan bidang nyanyian, sebaliknya temukan “cinta” baharu bersama Mico
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago