Alam & Sains 11 Aug, 2020

Warna putih atau biru di luar? Jangan salah kongsi ilmu tau!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

RUPA-RUPANYA masih ramai yang keliru dan berlagak pandai berkongsi ilmu yang tidak tepat mengenai pemakaian pelitup muka (mask)! Sudahlah tak pandai, dikongsinya pula ilmu yang tidak betul dalam media sosial. Yakinnya kamu!  Malangnya keadaan ini menyebabkan maklumat dan fakta yang benar serta betul sukar diterima oleh umum. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan pelitup muka:

https://kitareporters.com/search?search=pelitup+muka


Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menasihati bahawa meletakkan pelitup muka di bawah dagu boleh menyebabkan bakteria atau virus yang ada pada bahagian itu tersebar

Sekiranya mahu makan, jangan letak di bawah dagu sebaiknya menanggalkannya terus dan letakkan di tempat yang bersih.

Saranan Dr Noor Hisham itu dilihat diterima baik oleh rakyat Malaysia kerana sudah ramai yang tidak meletakkan pelitup muka di bawah dagu.

Namun, setelah kesilapan itu dibetulkan, timbul pula masalah baharu apabila ada pihak yang berkongsi ilmu pemakaian pelitup muka yang tidak tepat. Kali ini ia berkaitan fungsi warna yang terdapat pada pelitup muka iaitu biru dan putih.

KKM menerusi laman sosialnya berkongsi ada segelintir individu yang mengajar orang ramai memakai pelitup muka secara yang salah.

Menurut individu terbabit, sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, warna biru pada pelitup muka hendaklah berada di sebelah luar dan putih di dalam. Manakala bagi orang yang tidak sakit adalah sebaliknya.

“Warna putih itulah penapis untuk pelitup muka perubatan. Kongsi-kongsilah, saya pun baru tahu,” tulis individu terbabit.


Sebenarnya, sama ada sakit atau tidak, putih tetap di sebelah dalam dan biru di luar.

Justeru, KKM tampil menyanggah dan memperbetulkan perkongsian tersebut. Perkongsian yang tidak tepat boleh menyebabkan orang ramai keliru dan tersalah memakai pelitup muka dengan betul. Lebih buruk ia mendedahkan si pemakai kepada bahaya jangkitan.

“Perkongsian berikut adalah tidak tepat. Sama ada anda sakit ataupun tidak, cara pemakaian yang betul adalah putih di dalam, biru di luar,” tulis pihak KKM.


Sementara itu, netizen juga kurang senang dengan individu terbabit yang berlagak pandai berkongsi ilmu yang tidak tepat. â€śDorang lebih pandai daripada KKM. Suka hati dia je. Bingai,” tulis salah seorang netizen.


Bagi mengelakkan kekeliruan, masing-masing disarankan mengikuti (follow) akaun media sosial KKM yang sah, baik di Facebook, Instagram atau Twitter, bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Jangan hanya teruja dan tahu follow artis K-pop dan bermain TikTok sahaja! Mereka juga tidak tahu apa-apa tentang bidang kesihatan. - KitaReporters

3
0
0
1
0
You will be interested