Alam & Sains 01 Feb, 2021

Global Sadaqah! Cara terbaharu untuk sedekah, zakat, wakaf! Hubungkan terus penderma, penerima

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Persis posman yang menghantar dokumen atau e-hiling yang menghantar penumpang ke destinasi, Global Sadaqah merupakan syarikat permulaan teknologi kewangan (fintech) tempatan yang menyediakan platform kepada masyarakat Muslim secara global menyertai kempen-kempen sedekah.

Mereka ini agak istimewa dan baharu dalam dunia perkhidmatan berbentuk kewangan, pelaburan, ibadat dan penggunaan teknologi semasa yang menjadi norma kehidupan kita masa kini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sedekah:

https://kitareporters.com/search?search=sedekah



Global Sadaqah ini adalah platform pengurusan CSR, zakat dan wakaf, serta merupakan salah satu platform pertama di dunia yang telah mewujudkan 'pintu masuk' yang boleh dipercayai untuk membawa dana para penderma atau pemberi zakat terus kepada mereka yang memerlukan di lapangan.

Menurut Pengurus Global Sadaqah Malaysia, Ifran Tarmizi selain daripada CSR, zakat dan wakaf, mereka juga menyediakan bentuk pelaburan yang digunakan untuk mengembangkan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia, meningkatkan pengaruh mereka di pasaran-pasaran utama, dan mengadaptasi teknologi-teknologi baharu.


Kredit foto: globalsadaqah.com


Pelbagai bentuk kempen penyaluran wang zakat, sedekah dan wakaf telah mereka jalankan, sekali gus membayangkan bahawa mereka ini seolah-olah suatu bentuk platform 'kiriman' kepada pihak yang memerlukan. Dalam bahasa mudahnya mungkin kita gelar mereka sebagai 'orang tengah'.

Menurut perkongsian cerita dari orang dalam, Global Sadaqah pernah berjaya memungut RM450,000 melalui platform pembiayaan dana awam berekuiti patuh syariah iaitu Ethis Malaysia.

Selepas dibuka selama 72 jam, kempen pembiayaan dana awam kilat ini berjaya melangkaui sasaran minimum RM200,000 dengan pantas, dengan menarik para pelabur daripada lebih sepuluh buah negara termasuk pelabur “angel” (malaikat) yang strategik.

Terdapat 22 daripada 82 program atau kempen mereka masih belum berjaya mencapai target yang ditetapkan untuk jumlah bantuan itu disalurkan kepada pihak di lapangan yang memerlukan.


Kredit foto: globalsadaqah.com


Tambah menarik, kaedah sedekah, zakat atau wakaf yang mereka sediakan bukan hanya melalui 'online transfer', malah kaedah dompet maya seperti Bitcoin dan emas digital juga diterima sebagai salah satu bentuk sumbangan.

Irfan juga menjelaskan selama dua tahun berturut-turut, Global Sadaqah telah berkembang dua kali ganda, dengan Malaysia dan Singapura menjadi dua buah negara penderma tertinggi.

"Platform ini memudahkan derma sumbangan dengan memberi akses kepada 11 saluran berbeza, termasuk penyedia-penyedia dompet maya di Malaysia, Bitcoin dan emas digital.

"Ia menampilkan pelbagai kempen daripada Rakan Amal yang telah disaring dan disahkan. Kempen semasa yang terbuka termasuklah bantuan segera untuk bencana alam di Malaysia dan Indonesia serta usaha bantuan berkaitan dengan COVID-19," katanya lagi.


1
1
0
0
0
You will be interested