Alam & Sains 15 Nov, 2023

Projek Tanaman Fertigasi dan Hidroponik Melon Manis Terengganu! Usaha sama UMT dan OKU penglihatan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


 SERAMAI 10 ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) cawangan Terengganu berpendapatan isi rumah B40 terpilih menjadi peserta perintis Projek Tanaman Fertigasi dan Hidroponik Melon Manis Terengganu.

Projek yang akan bermula pada tahun 2024 mendapat sokongan dana menerusi Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM250,000.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai rakan kerjasama pula akan melakukan program pemindahan ilmu tanaman fertigasi terkini. 

Lebih menarik apabila pihak UMT mengambil inisiatif memperkenal modul Braille tanaman fertigasi Melon Manis Terengganu untuk peserta terlibat.


Peserta pprojek tanaman Melon Manis Terengganu menunjukkan hasil tuaian


Pensyarah Kanan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) UMT, Dr Wan Zaliha Wan Sembok, semua peserta terlibat terlebih dahulu diberi tunjuk ajar secara teori dan amali menerusi kelas yang diadakan dua kali seminggu sejak Mac 2023 lalu.

Penyelarasan perjalanan projek itu turut dibantu oleh dua Penuntut Sarjana UMT, Firdaus Mohd Hatta (Sarjana Ekologi, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin) dan Fatin Nur Atilia Abdul Razak (Sarjana Sains Tanaman, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan) 

"Kami ajar cara bancuh baja, cara jaga pokok sampailah dapat kebiasaannya grednya boleh cecah gred A. 

"Kalau untuk projek rintis ini, atau permulaan kami tanam 200 pokok dan anggaran 150 kg. Satu kilogram dijual dengan harga RM12. Kalau 100 sekilo, dapatlah lebih kurang dalam RM1,100," katanya. 


Peserta projek sedang melakukan penuaian hasil Melon Manis Terengganu


Sementara itu, Pengerusi SBM Terengganu, Mohd Imranfaisal Zulkifli yang mengetuai projek tersebut berkata program berjaya mencipta pekerjaan dengan waktu fleksibel, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dan kompetensi keusahawanan tani para peserta. 

Pada sesi pembelajaran tersebut peserta didedahkan dengan kitaran tanaman selama 65 hari sehingga tuaian melibatkan 200 polibeg bagi sebuah khemah khas atau ‘rumah hijau’ berharga RM10,000 seunit dan peralatan, baja, biji benih yang disediakan bagi menjayakan projek tersebut.

Setiap polybeg mampu mengeluarkan sebiji atau dua buah melon manis Terengganu dianggarkan nilaian beratnya adalah sekitar satu sehingga 1.5 kg. - KitaReporters

 

11
11
1
11
0
You will be interested