Alam & Sains 04 Jun, 2021

Berita Terkini| Kuota jemaah haji, belum ada pengesahan Arab Saudi! Tabung Haji masih menunggu

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Lembaga Tabung Haji belum terima pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji negara bagi musim haji tahun 2021 ini.


LEMBAGA Tabung Haji (TH) masih belum menerima pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia yang dibenarkan ke Tanah Suci pada tahun 2021 ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya akan segera memaklumkan perkembangan semasa sekiranya keputusan rasmi diperoleh daripada kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu.

“Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar serta menunggu pengumuman rasmi daripada pihak TH berhubung status ibadat haji pada tahun ini.

“Kita akan maklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi diterima nanti berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini.

“Buat masa ini TH belum menerima pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi dan masih menunggu,” katanya menerusi satu kenyataan pada 4 Jun 2021.

Tambah beliau, persiapan awal telah dilaksanakan pihaknya sejak tahun lalu merangkumi prosedur operasi standard (SOP), protokol kesihatan serta amalan normal baharu dalam pengendalian operasi haji sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci.

“Salah satu keperluan baharu diminta kerajaan Arab Saudi tahun 2021 ini adalah semua jemaah haji perlu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Jadi kita telah sarankan semua bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun 2020 mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested