Alam Canggih 04 Dec, 2020

Kebaikan tanam ros Jepun! Mampu kurangkan serangga perosak!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
TAHU tak pokok bunga mampu menjadi medium mengurangkan populasi serangga perosak di kawasan pertanian? Mungkin perkara ini ramai antara kita kurang mengetahui, bagaimanapun ia merupakan berita baik kepada para petani dan peladang di negara kita. : KitaReporters 
Rose jepun antara bunga yang menjadi tarikan serangga perosak dan wajar ditanam disekitar kawasan pertanian dalam usaha mengelakkan tumpuan serangga terhadap tanaman yang diusahakan petani dan peladang. Kredit Foto; Media Permatang.


Lagi kisah-kisah berkaitan bunga:

https://kitareporters.com/search?search=bunga


Perkembangan mutakir ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan bahan-bahan racun dalam kegiatan pertanian serta menjaga kelestarian alam sekitar daripada pencemaran berpunca melalui sektor pertanian.
Malahan jika penanaman pokok bunga berkenaan pada sekala besar di sekitar kawasan pertanian mampu memberi nilai tambah kepada industri pelancongan setempat melalui konsep ekopelancongan.
Hasil kaji selidik pakar tumbuh-tumbuhan mendapati ada antara beberapa jenis pokok bunga sama ada yang ditanam atau tumbuh di negara ini mampu menjadi medium untuk serangga perosak bertumpu bagi mendapatkan debunga yang dihasilkan daripada pokok-pokok bungga berkenaan.
Sebagai contoh antaranya termasuklah pokok bunga daripada jenis ros Jepun (Japanase rose), ixora dan tunera yang ditanam sekitar kita bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan bagi mencantikkan suatu kawasan dan pemandangan malahan lebih praktikal dapat dijadikan sebagai 'rumah' kepada serangga perosak sebagai antara usaha bagi mengelakkannya memusnahkan pelbagai jenis tanaman pertanian.  

Selain ros jepun, pokok bunga daripada jenis ixora dan tunera juga menjadi tarikan serangga perosak terutama semasa berlakunya proses pendebungaan.


Sangat sesuai jika pokok-pokok bunga daripada jenis berkenaan ditanam secara meluas di sekitar kawasan pertanian yang menjalankan kegiatan menanam sayur-sayuran, sawah, ladang dan sebagainya.

Proses pendebungaan yang berlaku terhadap bunga-bunga daripada jenis ini mampu menarik minat serangga perosak dan seterusnya tidak memusnahkan tanaman yang diusahakan petani mahupun peladang disebabkan serangga berkenaan lebih gemar dengan bunga-bunga ros Jepun, tunera dan ixora.
Menyedari kebaikan dan fungsi bermanfaat ini terutama terhadap sektor pertanian yang ada di kawasan tanaman padi di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini satu program menanam pokok-pokok bunga jenis tersebut telah diadakan melalui kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor dan ahli jawatankuasa Majlis Permuakatan Ketua-Ketua Kampung (MPKK) Kampung Blok EQSW secara gotong royong.
Sejumlah 100 pokok bunga jenis tersebut telah ditanam di pinggir-pinggir jalan utama kampung berkenaan yang merupakan sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang

Rozana Zainal Abidin menunjukkan bunga daripada jenis ixora dan tunera yang mampu menarik minat serangga perosak ditanam di sekitar Kampung Blok EQSW Sawah Sempadan sebagai usaha mengelakkan serangga berkenaan merosakkan tanaman petani dan peladang.

Projek penanaman pokok bunga ros Jepun, ixora dan tunera yang dibekalkan oleh guru-guru dan pelajar PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang, Kuala Selangor merupakan susulan daripada Program Menanam Pokok Bunga Sahabat yang dijalankan sekitar kawasan kampung berkenaan pada Ogos 2020.

ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin dan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor, Rostidah Sapikit antara yang terlibat menjayakan program yang disifatkan banyak memberi faedah untuk kelompok masyarakat pesawah dan peladang di situ.
Dengan pelaksanaan program penanaman pokok-pokok bunga itu, masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada penggunaan racun serangga oleh para pesawah dapat dikurangkan seminimum yang mungkin.
Malahan secara tidak langsung ia juga boleh menjadi nilai tambah kepada kawasan DUN Permatang sebagai salah satu lokasi pelancongan di Anjung Utara Selangor itu pada masa depan.
Pada program kali ini, Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor menyumbang 20 kampit baja untuk kegunaan pemeliharaan dan penjagaan 100 pokok bunga tersebut serta sejumlah lagi yang ditanaman pada program bulan Ogos sebelumnya. - KitaReporters

Rozana Zainal Abidin (dua daripada kanan) bersama Rostidah Sapikit (kanan) menanam sejenis pokok yang boleh menjadikan tumpuan serangga perosak  di Sawah Sempadan, Tanjung Karang.

Sebahagian pokok-pokok bunga yang disumbangkan oleh guru-guru dan pelajar PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang, Kuala Selangor bagi projek tanaman bunga elakkan serangga perosak.

Rostidah Sapikit (lima daripada kanan) menyerahkan baja kepada Ahmad Aini untuk pemeliharan dan penjagaan pokok-pokok bunga jenis antiserangga perosak yang ditanam di sekitar Kampung Blok EQSW Sawah Sempadan,Tanjung Karang.

You will be interested

Selva Aparicio ukir permaidani di atas lantai ruang tetamu! Nampak macam permaidani sebenar!

Selva Aparicio, artis di Chicago, curi perhatian selepas hasilkan ukiran halus menyerupai permaidani yang terbentang cantik di atas lantai kayu di ruang tamu

Lindungi diri, lindungi semua! Suntikan vaksin COVID-19 satu ikhtiar, kemudian baru tawakal!

Kita ikhtiar dengan suntik vaksin, selebihnya tawakal kepada Allah SWT. SOP tetap perlu dipatuhi agar negara segera pulih dari wabak COVID-19 - Dr Ahmad Samsuri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Video| Calon SPM terima pelitup muka, sanitizer, alat tulis! Ihsan Teratai Pahang dan YB Lipis

Persatuan Teratai Pahang sumbangkan beberapa unit alat pengesan suhu, pelitup muka dan cecair pencuci tangan, manakala Ahli Parlimen Lipis beri kit alat tulis
Haris Fadilah Ahmad in Alam Canggih 3 days ago

Terbaik bro! Suami kreatif guna aplikasi WhatsApp! Alun azan untuk sambut kehadiran si kecil!

Ketika dunia dilanda musibah Covid-19, hospital tak benarkan suami temani isteri di bilik bersalin. Maka aplikasi seperti WhatsApp jadi penyambung antara mereka
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 6 days ago

Video| Tahniah Sherry! Sertai ERA bergabung bersama Johan, Hanif, Ray! JoHaRa kini JoHaRaRy!

Sherry Alhadad lebarkan sayapnya jadi Penyampai Radio ERA secara rasmi pada 1 Mac 2021. Bergabung dengan tiga lagi iaitu Johan Hanif, Ray jadi JoHaHaRy Pagi Era
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 6 days ago