Alam & Sains 29 Jan, 2021

2 saluran percuma untuk Kementerian Pendidikan bagi PdPR! Tawaran di bawah saluran Sirius TV!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


STESEN televisyen satelit berbayar terbaharu di Malaysia, Sirius  TV mengumumkan tawaran pemberian dua saluran percuma kepada Kementerian Pelajaran  Malaysia (KPM) untuk dijadikan saluran TV Pendidikan kementerian tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Smart Digital International Sdn Bhd. (SMART), Khairuddin Abdul Rahman berkata, tawaran saluran-saluran yang beroperasi selama 24 jam sehari  itu melalui Stesen TV Sirius iaitu stesen TV berlesen yang memberi perkhidmatan TV satelit  berbayar, merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai pengendali stesen  berkenaan kepada masyarakat yang sedang menanggung beban akibat Pandemik COVID-19 yang  sedang berlaku sekarang. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pendidikan:

https://kitareporters.com/search?search=pendidikan



Menurut Khairuddin, penggunaan kedua-dua saluran saluran tersebut akan dapat membantu KPM  untuk menyiarkan kandungan pendidikan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah dengan  lebih meluas memandangkan Satelit SES–12 yang digunakan oleh Sirius TV mempunyai capaian  yang amat baik di seluruh negara termasuklah di kawasan pedalaman

Ini sekali gus membolehkan KPM menyediakan medium untuk para pelajar mengakses kandungan  pendidikan dalam bentuk rakaman mahupun siaran langsung tanpa terlalu bergantung kepada  capaian internet. 

“Penangguhan sesi persekolahan disebabkan peningkatan mendadak kes COVID-19 telah  memaksa pihak KPM melaksanakan program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang  banyak bergantung kepada akses internet dan peranti. 

“Melalui penggunaan kedua-dua saluran percuma yang kami tawarkan ini, perlaksanaan program PdPR akan dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya terutama di kawasan di mana capaian internet tidak memuaskan,” jelas Khairuddin dalam siaran media yang dikeluarkan pada 26 Januari 2021.  

Tambah beliau, penggunaan kedua-dua saluran itu juga dapat meringankan beban kekurangan  peranti seperti telefon pintar dan tablet untuk kegunaan PdPR yang dihadapi keluarga  berpendapatan rendah ketika ini.  



Khairuddin juga menyatakan, tawaran yang diberikan pihaknya selari dengan sokongan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) terhadap cadangan mewujudkan saluran televisyen pendidikan yang boleh diakses oleh pelajar daripada semua peringkat pendapatan dan di  kawasan luar bandar.

Langkah ini juga diyakini dapat mengatasi permasalahan-permasalahan yang dihadapi pihak  sekolah dan ibu bapa dalam perlaksanaan PdPR ketika ini. 

Beliau memaklumkan, sehingga kini pihak KPM masih belum memberi maklum  balas kepada tawaran yang diberikan. 

Untuk makluman, stesen Satelit Sirius TV akan dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2021 ini dengan mempunyai sehingga 30 saluran yang menawarkan pakej tanpa kontrak dan dengan langganan percuma selama 12 bulan kepada pengguna. 

Sirius TV boleh diakses di pautan www.siriusmalaysia.tv. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested