Alam & Sains 12 May, 2021

Berita Terkini| Panggilan percuma 12 jam sempena Aidilfitri! Semua rangkaian! Mulai 10 malam ini!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Panggilan percuma ke semua rangkaian tertakluk kepada terma dan syarat selama 12 jam sempena Aidilfitri


Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara sempena Aidilfitri selama 12 jam bermula jam 10 malam, 12 Mei 2021 sehingga 10 pagi, Hari Raya pertama, 13 Mei 2021. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata  kemudahan itu boleh dinikmati oleh semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YTL.

“Tawaran panggilan percuma diberikan setiap penyedia perkhidmatan ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Pengguna atau pelanggan dinasihatkan hubungi penyedia perkhidmatan bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran ini.

“Kemudahan ini diharapkan sedikit sebanyak membantu rakyat untuk saling berhubung, eratkan silalturahim bersama keluarga tersayang dan rakan taulan, walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Mei 2021.

Beliau turut rakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat telekomunikasi dan rakyat yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP 3.0 ini demi mengekang jangkitan COVID-19. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

2
0
0
0
0
You will be interested