Alam & Sains 04 Dec, 2022

Persaingan hasilkan kereta elektrik! Kereta elektronik tempatan Arab Saudi, Ceer di pasaran pada 2025!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


ARAB Saudi yang masyarakat dunia kenal sebelum ini mungkin hanya tertumpu kepada pusat ibadah bagi penganut agama Islam, iaitu melalui ibadah haji dan umrah di Kota Suci Mekah Mukarramah.

Masyarakat dunia melihat Arab Saudi mengambil pendekatan dasar tertutup dan tidak banyak dipengaruhi negara luar.

Namun demikian, sejak kebelakangan ini Arab Saudi dilihat semakin membangun dan terbuka dalam pelbagai dasar luar negara dan dalaman negara Padang Pasir berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi kereta elektrik


Terbaharu, Arab Saudi optimis untuk menyaksikan kemunculan kereta elektrik buatan tempatan pertama mereka, Ceer bermula pada tahun 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pembangunan Perindustrian Arab Saudi (SIDF), Ibrahim Almojel pengeluaran kende­raan elektrik Ceer itu dijangka mencecah 150,000 unit setiap tahun, lapor akhbar Saudi Gazette baru-baru ini.

Walaupun Arab Saudi telah memiliki syarikat kenderaan elektrik pertama yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Lucid, namun ia tetap memiliki perbezaan ketara. 

Menurut Ibrahim, syarikat kenderaan Lucid memberi penekanan kepada segmen pengeluaran kereta mewah dan akan memberi tumpuan kepada eksport kereta tertentu untuk menembusi pasaran di Eropah mahupun tempatan.

Tumpuan Lucid pula akan diberikan kepada kereta berkapasiti tinggi dan dicirikan oleh kelajuan tinggi serta mempunyai jangka hayat bateri lebih lama.



Pada awal bulan Novmber 2022 ini, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman melancarkan jenama kenderaan elektrik pertama kerajaan iaitu Ceer de­ngan harapan dapat menarik lebih AS$150 juta (RM672 juta) dalam pelaburan dan membuka sebanyak 30,000 peluang pekerjaan.

Syarikat itu akan menyumbang kepada usaha negara monarki tersebut ke arah pe­ngurangan pelepasan karbon dan memacu kemapanan untuk menangani kesan perubahan iklim, seperti dilaporkan Saudi Press Agency (SPA).

Ceer adalah hasil usaha sama antara firma milik kerajaan Arab Saudi, Public Investment Fund (PFI) dan gergasi teknologi China, Foxconn yang terkenal de­ngan pengeluaran komponen untuk iPhone. - KitaReporters


16
11
0
13
0
You will be interested