Alam & Sains 17 Dec, 2024

Video| Gara-gara nak kelainan jadi geli geleman pulak! Majlis kahwin dalam hutan dihujani ulat hitam!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Majlis perkahwinan biasanya dilakukan di pekarangan rumah, dewan atau hotel. Namun masih ada yang melakukan majlis secara terbuka seperti ‘garden party’ atau pesta taman.

Satu pasangan pengantin ingin membuat kelainan dengan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hutan pokok jati di Gunungkidul, Yogyakarta pada 9 November 2024 lalu.



Ratusan tetamu diundang untuk majlis itu. Ramai yang ghairah untuk hadir kerana menganggap ia suatu majlis perkahwinan yang  unik. Ramai tetamu yang datang dengan pakaian mahal dan ada yang turut membawa anak.

Majlis akad berlangsung lancar dan kemudian diadakan majlis makan. Namun ketika majlis makan berlangung berlaku perkara tidak dijangka. Tiba-tiba sejumlah ulat jati berwarna hitam muncul dan merayap.


Ini kerana majlis itu berlangsung ketika musim ulat jati mengawan. Ulat jati ini jatuh dan mencari tempat untuk membentuk kepompong dan menghindari  pemangsa (predator).

Ia membuat ramai geli-geleman apabila ulat-ulat itu jatuh dari pokok jati. Ada yang jatuh ke dalam makanan dan kena pakaian dan kasut. Malah ada yang jatuh pada muka dan badan tetamu.

Namun terdapat juga hadirin yang suka dengan kejadian itu yang menganggap ia ada kelainan pada majlis itu.

Kejadian itu dirakam dalam TikTok @sutrisnoajik dan kemudian tular dalam banyak media di Indonesia. - KitaReporters

18
26
0
29
0
You will be interested