Alam & Sains 02 Apr, 2021

Berita Terkini| Tarantula hasil kepakaran tempatan! Kenderaan berperisai pertama buatan Malaysia

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Ismail Sabri sewaktu berucap pada Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4x4 (HMAV4X4) di Kuala Lumpur pada 2 April 2021. - Kredit Foto: Kosmo Online.


KENDERAAN berperisai pertama buatan Malaysia yang dinamakan Tarantula HMAV4X4 tercipta menggunakan sepenuhnya hasil teknologi dan kepakaran rakyat Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 (HMAV4x4) di Kuala Lumpur pada 2 April 2021.

Menurut beliau, nama kenderaan berperisai mobiliti tinggi itu diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah yang bertaring besar.

“Pelbagai penilaian serta ujian telahpun dilakukan seperti ketahanan di lebuh raya, ujian muatan, kecekapan, ujian mendaki serta cerun serta penggunaan minyak.

“Kita telah adakan ujian selama sembilan hari melibatkan perjalanan sejauh 700 kilometer (km) di atas jalan raya dan 300km secara ‘off-road’ selain beberapa ujian berhalangan yang lain.

“Semua ujian atau tatacara uji nilai ini dilaksanakan mengikut piawaian telah ditetapkan oleh pihak Tentera Darat (TD) Malaysia setanding dengan pelaksanaan pada peringkat antarabangsa," kata Ismail Sabri. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested