Gambar hiasan... Sebanyak 290,480 bebuli (vail) vaksin Sinovac akan diedarkan seluruh Malaysia. - Kredit foto: AFP
SEBANYAK 290,480 bebuli (vail) vaksin jenis Sinovac yavg dibotolkan Pharmaniaga LifeSience akan diedarkan ke seluruh Malaysia bagi digunakan di pusat pemberian vaksin (PPV).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sewaktu sidang akhbar di Putrajaya, pada 11 Mei 2021 selepas majlis penyerahan pengeluaran pertama vaksin Covid-19 itu.
"Pengedaran bekalan vaksin jenis Sinovac ini diedarkan bermula Selasa (11 Mei 2021) melibatkan sebanyak 290,480 bebuli (vail) Sinovac.
"Jumlah tersebut antara sebahagian daripada 200 liter diterima daripada syarikat pengeluar, Sinovac pada 27 Februari 2021 lalu," katanya.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan Malaysia sedia menggunakan lebih 500,000 dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata Pharmaniaga dijangka membekalkan sejumlah 180,000 dos pada minggu ini, manakala sejumlah 450,000 dos lagi dijangka tersedia pada 18 Mei 2021 ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter