Alam & Sains 22 Mar, 2022

Berita baik untuk wanita! Cara baru kesan sel virus kanser serviks! Semudah buat swab Covid-19!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Sebahagian sukarelawan yang terbabit dalam saringan HPV 



SEBELUM ini ramai wanita takut untuk membuat swab atau calitan mengambil sel pada bahagian pangkal rahim bagi mengesan virus Human Papilloma Virus (HPV) yang menjadi punca kanser serviks.

Sebab utama ialah malu kerana mereka perlu 'mengangkang' kaki di depan doktor yang akan menggunakan alat khas untuk memeriksa faraj bagi memperolehi bahan pemeriksaan (sampel) berkenaan.

Sekarang ini, kata Penasihat Ikram Health, Dr Aniza Ali semua sudah berubah


Lagi cerita-cerita perubatan berkaitan penyakit kanser


Masukkan separas ini dan buat pusingan 10 kali. Petugas memberitahu wanita yang akan membuat sendiriswab atau  calitan. 


Ada alat swab HPV seringkas yang digunakan oleh mereka yang menjalani pemeriksaan mengesan Covid-19. Ujian itu juga dilakukan oleh wanita itu secara bersendirian di dalam tandas, menggunakan peralatan khas jenis mudah, ringkas dan ringan

Katanya, swab ini caranya masukkan putik kapas ke dalam faraj dalam ukuran yang ditetapkan. Kemudian putik itu perlu dipusing sebanyak 10 kali sebelum dimasukkan kembali ke dalam balangnya. 

Tulis nama, tandatangan dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan. Keputusan mengenai ujian itu diketahui dalam tempoh tiga minggu yang akan diSMSkan kepada pemiliknya.


Begini cara ambil contoh sel pangkal rahim untuk dikesan virus HPV.


Dr Aniza Ali dari Ikram Health yang mahu bantu wanita berubat kanser serviks lebih awal.


Prosedur ini dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan Yayasan Rose (Rose Foundation) diketuai Outreach Lead Rose Foundation, Kathleen Yap dengan kerjasama Ikram Hulu Selangor dan Etiqacare bagi membantu wanita dalam kalangan B40 mendapatkan khidmat nasihat mengesan sel kanser pada pangkal rahim.

Kanser serviks adalah penyakit yang ketiga yang mengancam kesihatan wanita dalam diam-diam. 

Pemeriksaan kesihatan itu dilakukan pada 20 Mac 2022 lalu, di pejabat Ikram Hulu Selangor membabitkan 80 hingga 100 wanita yang dipelawa menerusi WhatsApp untuk menjalani ujian berkenaan yang diberikan secara percuma.

Difahamkan jika dilakukan di pusat perubatan biasa, proses swab ini dicajkan harga sekitar RM300 dan pemeriksaan susulan itu dijangka dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Hospital (PPUM)  Petaling Jaya. Kos untuk rawatan kanser serviks dianggarkan melebihi RM40,000 termasuk jika perlu pembedahan. 


Kathleen (kanan) menunjukkan alat yang digunakan lebih ringkas dan wanita tidak perlu lagi untuk melakukan pemeriksaan.


Ketika ditemui bagi mengawasi pemeriksaan saringan itu, Dr Aniza berkata sekiranya kanser serviks dapat dikesan lebih awal, 90 peratus pesakitnya akan dapat disembuhkan

Cara terbaik menggelakkan penyakit itu adalah mengekalkan berat badan yang sesuai, menjaga gaya hidup, mengutamakan senaman dan kurangkan pengambilan makanan berlemak dan gula.

"Kebanyakan wanita terutama suri rumah pendapatan B40 di Hulu Selangor sukar mendapatkan pemeriksaan kerana jauh dari hospital kerajaan. Prosesnya juga mengambil masa dari segi temu janji, swab dan keputusannya." katanya. 

Dr Aniza tidak menolak antara punca utama kanser serviks ini adalah daripada lelaki yang suka bertukar-tukar pasangan atau mereka yang mempunyai isteri yang meninggal dunia akibat penyakit itu adalah berisiko tinggi menyebarkan virus HPV itu kepada pasangan baharu

Kebanyakan pesakit kanser serviks ini dikesan ketika pada tahap kritikal kerana ramai enggan tampil kerana malu, takut dan bersikap 'tak tahu lebih baik daripada tahu'.


Dr Aniza kiri dan Ketua Wanita Ikram Hulu Selangor Khairulafdzar


Sementara itu, Ketua Wanita Ikram Hulu Selangor, Khairulafdzar Ahmad Shah, berkata program mengesan penyakit kanser dalam kalangan wanita berpendapatan B40 ini sudah dilakukan sejak lama. 

Peringkat awal, Ikram membuat program mengesan barah payudara saja dengan kerjasama pusat Mammogram di Kampung Baru Kuala Lumpur dan National Cancer Society of Malaysia (NCSM).

Setakat ini, sudah lebih 200 wanita sudah menjalani saringan pemeriksaan berkenaan sejak dua tahun lalu dan kini Ikram menambahkan program baru berkenaan sebagai sebahagian daripada dakwah dan menimbulkan kesedaran kepada wanita berumur daripada 30 hingga 60 tahun untuk menjaga kesihatan.

Sebelum ini Ikram mengadakan pelbagai program termasuk membantu keluarga dalam kesusahan, bantuan kewangan pengajian, melawat keluarga ditimpa penyakit, program tarbiah, dakwah dan memimpin generasi muda menjadi pelapis yang akan mengajak masyarakat mengenali Islam dan persahabatan yang saling membantu.

Ikram juga menjadi pertubuhan yang banyak melatih individu yang kemudian mengembangkan kegiatan amal kebajikan dengan menubuhkan pertubuhan kebajikan mereka sendiri. - KitaReporters


11
14
0
11
0
You will be interested