SELALUNYA rumah atau pejabat sahaja yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi demi menjaga keselamatan semua orang yang menghuni tempat tersebut.
Bukan biasa-biasa apabila restoran makanan segera menggunakan password atau kata kunci untuk ke tandas, bukan memberikan pasword guna Wifi dalam resit pembelian makanan di situ.
Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki apabila menerima pasword untuk ke tandas di McDonald's dalam setiap resit pembelian dalam sebuah ciapan d alam Twitter.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemudahan tandas
Perkongsian beliau telah berjaya menarik perhatian ramai orang kerana lain daripada yang lain di sebuah cawangan McDonald's di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia juga berkongsi gambar tandas itu sememangnya berkunci dan memerlukan password untuk menggunakannya.
"Kedai bagi password wifi tu biasa, Mekdi bagi password tandas baru luar biasa," tulisnya.
Rata-rata netizen memberi komen dan pelbagai reaksi mengenai teknologi yang digunakan oleh restoran Mekdi ini.
Ada juga yang berpendapat bahawa McDonald's di Eropah sudah lama melakukan sistem ini kerana tidak mahu pelanggan lain yang menggunakan tandas.
Tambah netizen, tandas akan menjadi lebih bersih kerana tandas tersebut dijaga dengan baik dan mengurangkan kekotoran. Baguslah idea macam ni, diharapkan kedai-kedai makan lain boleh mengambil idea ini. - KitaReporters