JABATAN Perikanan Negeri Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Laut Bebas Plastik bagi memberi kesedaran awam kepada orang ramai dalam usaha memulihara penyu dengan tidak membuang sampah ke laut .
Program tersebut telah disertai 200 orang peserta dan berjaya mengumpul sampah sebanyak 300 kilogram daripada pelbagai kategori.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, memilih pantai Setiu sebagai lokasi kempen.
Peserta yang menyertai Kempen Laut Bebas Plastik di Pantai Setiu, Terengganu
Ruzaidi Mamat (kanan)
Ruzaidi turut
menghargai sokongan Kerajaan Negeri
Terengganu kerana sangat prihatin dalam program konservasi penyu di Terengganu
dan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini
terutama kepada WWF yang banyak membantu dalam pengurusan penyu di Terengganu
khususnya di Setiu.
Beliau juga berharap, rakyat Terengganu
terutama nelayan dan komuniti di sekitar pantai digesa supaya tidak
menggunakan peralatan yang dilarang untuk menangkap ikan, termasuk pukat pari
yang dapat mengancam populasi penyu di negeri ini,” ujar Ruzaidi.
Katanya lagi,tindakan sedemikian juga boleh mengancam kehidupan haiwan laut yang lain.
Peserta mengutip sampah dan plastik di Pantai Setiu
“Menurut kajian pada tahun 2022, pukat pari menyumbang paling banyak kematian penyu di Terengganu iaitu sehingga mencapai 44 peratus.
“Ia diikuti oleh pukat tunda sebanyak 38 peratus serta aktiviti-aktiviti lain termasuk terkena kipas bot, keracunan, dan termakan plastik turut menyumbang kepada kematian penyu,” katanya.
Tambah Ruzaidi, pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan bagi menangani kes berkenaan.
Katanya, mereka yang bersalah akan cuba menggunakan pelbagai
taktik untuk mengelakkan tangkapan menyebabkan pihak Jabatan Perikanan perlu
mengambil pendekatan yang lebih realistik.
“Antara langkah terdekat yang diambil adalah melakukan aktiviti pemeriksaan di darat iaitu melibatkan pengkalan-pengkalan nelayan dan pemeriksaan premis-premis yang melibatkan komuniti nelayan," katanya.
Gotong royong membersih pantai
Selain itu, katanya, penggunaan pukat pari adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 dan jika disabitkan boleh didenda tidak kurang RM20 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
“Jadi tolong jangan guna peralatan dilarang yang boleh
mengancam populasi penyu terutama kepada para nelayan serta kepada mereka
yang menjadikan aktiviti menangkap ikan di laut sebagai punca pendapatan utama atau
sampingan.
“Selain itu, jangan jadikan laut kita sebagai tong sampah besar
dengan membuang sampah serta plastik di dalam laut,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, seekor penyu agar jantan dijumpai mati di Pantai Chakar Hutan, Kertih, Kemaman dipercayai akibat terjerut pukat pari yang dipasang di tengah laut. - KitaReporters