Alam & Sains 02 Jun, 2021

Berita Terkini| PPZ-MAIWP syor kaedah alternatif bayar zakat! Sepanjang tempoh SPP, PKP 3.0!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

 

Notis penanguhan operasi secara bersemuka di  PPZ-MAIWP


PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menyediakan kaedah alternatif pembayaran yang boleh digunakan orang ramai sepanjang sekatan pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata meskipun penutupan operasi secara bersemuka namun ia tidak akan menjejaskan urusan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.

“Kaunter ibu pejabat dan 10 kaunter PPZ-MAIWP ditutup selaras dengan penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang tempoh SPP PKP 3.0 ini. Bagaimanapun urusan pembayaran dan agihan zakat akan tetap dijalankan seperti biasa oleh MAIWP.

“Sebagai alternatif, pembayaran zakat boleh dilakukan secara dalam talian menerusi beberapa saluran seperti portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my. Melalui transaksi ini, pembayar boleh buat kiraan kalkulator zakat, melakukan transaksi pembayaran  serta semak penyata bayaran terdahulu.

“Aplikasi MyZakat juga boleh dimuat turun secara percuma. Pembayar boleh mengira, bayar dan semak rekod bayaran zakat mereka di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Utusan Malaysia, 2 Jun 2021.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh membuat pembayaran menerusi Kaunter Zakat Digital (KZD) dan Potongan Gaji Zakat Online di https://ptg.zakat.com.my/.

Katanya lagi, lebih mudah sekiranya mereka boleh membayar zakat menerusi 15 perbankan internet terpilih dan ejen-ejen yang dilantik antaranya Shopee, Boost, MyEG, JomPay, GoPayz dan PayHalal. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

1
0
0
0
0
You will be interested