
Air kosong adalah antara minuman terbaik untuk tubuh. Kita disarankan mengambil air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ada ke yang masih tidak tahu apa itu air kosong?
Rasanya semua orang tahu. Air kosong merujuk kepada air biasa atau air bersih tanpa tambahan apa-apa seperti gula, perisa, atau mineral. Ia adalah air yang tidak mengandungi sebarang zat lain selain daripada molekul air (H2O).
Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah hidrasi, mengawal suhu badan, bagus untuk kulit dan meningkatkan tenaga.
Namun, di Malaysia rakyatnya lebih suka minum air manis yang berperisa berbanding air kosong. Justeru, tidak hairanlah kalau kadar penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes) sentiasa meningkat.

Rakyat Malaysia lebih suka minum air manis berbanding air kosong. - Kredit Foto: Google Image.
Tak percaya? Cuba pergi ke pasar malam dan lihat pelbagai jenis minuman manis dan berperisa dijual. Malah ia adalah yag paling laris. Itu belum lagi kalau minuman tersebut viral.
Rakyat Malaysia sanggup beratur dan berdiri berjam-jam lamanya demi mendapatkan air viral yang tinggi kandungan gula.
Namun, kali ini penulis tidak mahu bercerita atau mengulas mengenai air manis berperisa. Apa yang ingin penulis ceritakan ialah mengenai air kosong.
Rasanya semua orang tahu kebaikan air kosong. Air manis berperisa sekiranya dibiarkan dalam suhu bilik semalaman akan basi (rosak) terutama yang mengandungi susu.

Air kosong juga boleh basi sekiranya tidak dijaga dengan baik._Kredit Foto: Google Image.
Oleh itu ramai orang
menganggap air kosong tidak akan basi. Sebenarnya anggapan itu salah sama
sekali! Air kosong juga boleh basi andai tidak dijaga dan tercemar.
Dalam TikTok milik Farmasi Sihat Official ada dijelaskan tentang hal ini. Menurut pengendali akaun tersebut, air kosong akan basi sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

“Air kosong je
kan? Tak akan boleh basi juga? Kita bukan campur susu, gula dan perisa dalam
air tu? Anda kena ingat di sekeliling badan kita mempunyai bakteria yang boleh
menyebabkan pencemaran pada makanan jika tidak dikendalikan dengan baik. Sama-sama
kita belajar okay,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, ada dijelaskan juga bagaimana air kosong boleh menjadi basi.
Antara sebab utamanya ialah apabila air kosong yang ada di dalam botol seperti air mineral menyentuh mulut. Ketika inilah bakteria yang ada di mulut berpindah ke dalam air.

Kalau air manis berperisa, kita boleh tahu andai kata ia sudah basi hanya dengan menghidu dan merasainya. Adakah air kosong juga begitu?
Ya, air kosong juga akan berubah bau dan rasa sekiranya sudah basi. Antaranya ialah rasa berminyak dan berlendir.
Oleh itu, bagi mengelakkan air kosong basi, jangan simpan ia melebihi dua hari tanpa disimpan di dalam peti sejuk. Langkah terbaik adalah dengan menggunakan gelas ketika minum air kosong.
Semoga maklumat ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan sebarkan ia kepada orang lain. Sama-sama kita berkongsi perkara yang baik. - KitaReporters
