Alam & Sains 29 Jun, 2020

Sepanjang masa PKP: Penyu di Rantau Abang tak menangis lagi!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Rantau Abang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas". : KitaReporters

Pusat santuari penyu di Rantau Abang, Dungun, Terengganu


Terletak  22 kilometer dari utara Kuala Dungun dan 80 kilometer dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan.

Kadangkala apabila penyu belimbing datang dan bertelur di antara bulan Mei sehingga bulan Ogos. 

Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang cukup baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.

Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Namun, sebab terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. 

Angka jumlah turut menyusut dengan banyak sejak beberapa tahun apabila ramai yang ingin memakan telurnya.

Akhir-akhir ini dikatakan jarang sekali kelihatan penyu mendarat di Rantau Abang. Sebab utama ialah kerana banyak telur penyu dicuri dan dijual untuk dimakan.

Penyu belimbing antara spesis yang terdapat di Rantau Abang, Terengganu


Bagaimanapun, sesuatu yang pelik berlaku ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020, jumlah pendaratan penyu di negeri ini merekodkan peningkatan iaitu 3,783 dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2020 ini.

Ini merupakan peningkatan hampir 70 peratus berbanding 2,573 pendaratan penyu dalam tempoh sama tahun lepas.

Penigkatan pendaratan itu berkemungkinan disebabkan tidak ada pelancong berkunjung tempat pendaratan itu kerana pelaksanaan PKP.

Ketua Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Rantau Abang Mohammad Firdaus Abdillah berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa pelaksanaan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 telah meningkatkan pendaratan penyu di Terengganu kerana kurangnya gangguan di pantai sepanjang tempoh berkenaan.

 

Pendaratan penyu di Terengganu meningkat dalam tempoh PKP. - Gambar hiasan


Bagaiamanapun, katanya, PKP ini tidak boleh dijadikan parameter ukuran kerana ia baru terjadi pada tahun 2020 dan tidak boleh dijadikan rujukan disebabkan tiada PKP sebelum ini yang telah berulang. 

Katanya, pantai pendaratan penyu utama di negeri Terengganu sememangnya telah diletakkan notis larangan orang awam berada di pantai bermula pukul lima petang sehingga lapan pagi

Oleh itu, perubahan trafik orang awam ke pantai sangat minimum sama ada sebelum atau sepanjang tempoh PKP.

 

Penyu antara ikon pelancongan di Terengganu


Beliau berkata, impak PKP sangat positif terutama di pulau-pulau peranginan kerana trafik bot pelancong berkurangan dengan mendadak dan kesannya dapat dilihat dengan berkurangnya laporan kematian penyu kerana terkena kipas bot. 

“Daripada jumlah 3,783 pendaratan itu, 3,780 adalah di pendaratan penyu agar, manakala tiga lagi adalah pendaratan penyu karah,” katanya. 

Katanya, terdapat empat jenis penyu yang menjadi ikon pelancongan di Terengganu iaitu penyu agar, karah, belimbing dan kipas. - KitaReporters

8
3
1
1
2
You will be interested