Alam & Sains 03 Dec, 2025

Tu dia! 2,626kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan! Usaha sama recycle secara pandu lalu!

Share this

Syabas dan tahniah kepada masyarakat dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 2,626 kilogram barangan kitar semula melalui program kitar semula pandu lalu @ Drive to Save MBIP 2025.



Barangan kitar semula dibawa ke pusat pengumpulan melalui pandu lalu.

Lagi masyarakat yang membawa barangan kitar semula secara pandu lalu ke pusat pengumpulan.

Program yang telah diadakan pada 29 November 2025 di tempat letak kenderaan awam, Wisma MBIP, Skudai telah berjaya mengumpulkan barangan kitar semula daripada plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, e-waste dan sebagainya dan secara tidak langsung telah menyelamatkan sebanyak 7,635.48 ktC02 atau kilotan karbon dioksida.

Usaha sama MBIP yang diadakan bersama rakan strategik iaitu CBH Recycle (M) Sdn Bhd serta Jabatan Alam Sekitar Johor melalui program pandu lalu tersebut adalah sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini sedang berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP.


Sokongan berterusan masyarakat sekeliling bagi menjayakan program pengumpulan barangan kitar semula.

Tidak putus-putus barangam kitar semula dibawa oleh masyarakat setempat.

Masyarakat sekeliling hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu melalui konsep 'Waste To Wealth' (Buangan jadi Wang atau WTW) di mana ia mendidik masyarakat mengenai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Program sebegini terbukti dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk menikmati bumi yang lebih bersih. - KitaReporters


Antara masyarakat yang turut sama mendokong sehingga berjaya mengumpulkan 2,626 kilogram barangan terbuang.

11
17
0
11
0
You will be interested