Alam & Sains 06 Dec, 2021

Kem Smart Robotic! Istimewa buat individu usia 7-17 tahun! Kelas secara fizikal, dalam talian!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SYARIKAT pendidikan robotik, Jazro Technology Robotics Sdn Bhd (Jazro) bakal menganjurkan Kem ‘Smart Robotic’ sepanjang Disember 2021 ini yang melibatkan kelas fizikal di beberapa lokasi terpilih sekitar Pantai Timur serta secara dalam talian.

Kem yang hanya terbuka untuk peserta berusia tujuh hingga 17 tahun itu akan memfokuskan kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan robotik


IR DZULFARQEISH ZAINUDDIN


Pengasas bersama Jazro, Ir Dzulfarqeish Zainuddin berkata antara subjek yang akan dibentangkan tahun ini adalah pengaturcaraan komputer, teknologi robotik, sains komputer, seni berfikir dan gelombang otak.

“Kem fizikal hanya diadakan di negeri Pantai Timur iaitu di Masjid Negeri Pahang (12-15 Disember), IMFutures Pusat Komuniti Indera Mahkota (17-21 Disember), Terengganu Digital TD1303 (22-25 Disember) dan Universiti Malaysia Kelantan (27-30 Disember).

“Manakala, edisi Kem “Smart Robotic” dalam talian bermula pada 27 hingga 30 Disember 2021 dengan terbuka kepada peserta dari seluruh negara.

Yuran pendaftaran ialah RM139 seorang untuk empat hari kem bagi satu-satu sesi. Jazro sedang menjalankan promosi, sesiapa yang mendaftar untuk dua orang akan mendapat satu pendaftaran percuma,” katanya dalam satu kenyataan media pada 2 Disember 2021.


Kem Smart Robotic memberi peluang kepada peserta untuk terus meneroka dunia robotik.


Tambah beliau, Kem Smart Robotic telah mula dianjurkan Jazro sejak tahun 2019 dan ia mendapat maklum balas cukup positif bukan sahaja daripada peserta tetapi juga dalam kalangan ibu bapa.

Ujarnya, pihak Jazro ingin membantu mengukuhkan lagi kemahiran reka cipta dan inovasi seiring dengan Revolusi Industri (IR) 4.0 yang bergerak dengan pantas.

“Sebagai masyarakat, kita tidak boleh ketinggalan dalam menyediakan pendidikan STEM untuk anak-anak. Adalah harapan kami supaya Kem “Smart Robotic” yang dianjurkan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda kita untuk terus teroka dunia robotik setelah mereka tamat belajar di kem kami nanti,” katanya.


Antara peserta yang telah ikuti Kem Smart Robotic sebelum ini.


Sementara itu untuk info, Jazro bermatlamat membangunkan bakat digital dalam STEM dengan mengetahui, meneroka robotik selari pengekodan melalui kaedah pembelajaran menyeronokkan, selari dengan keperluan dan peluang kerjaya masa hadapan IR 4.0.

Keterangan lanjut boleh layari www.jazro.com.my. - KitaReporters


19
13
0
9
0
You will be interested