SELEPAS beberapa hari Pantai Mek Mas Kuala Besar di Kelantan menjadi tumpuan berikutan air lautnya terbelah dua, tempat itu kini ditutup atas faktor keselamatan.
Kejadian laut terbelah di situ tular dalam media sosial dan terkini fenomena ombak besar menjelang musim tengkujuh dikatakan alasan kawasan itu ditutup pihak berkuasa bagi mengelak risiko kejadian tidak diingini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan fenomena alam
Kawasan laut terbelah di Pantai Mek Mas ditutup oleh pihak berkuasa demi menjaga keselamatan pengunjung. - Kredit foto: Bernama
Memetik laporan beberapa media arus perdana yang mengadakan tinjauan mendapati kawasan `laut terbelah` seluas lebih satu kilometer itu telah dipasangkan pita amaran selain ada papan tanda amaran dan bendera merah bagi melarang pengunjung menghampirinya.
Keputusan menutup kawasan itu dilaporkan selepas kata sepakat dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bencana peringkat jajahan, demi keselamatan semua pihak kerana benteng pasir yang sebelumnya boleh dilalui, kelihatan semakin tenggelam.
Keadaan itu disebabkan ombak kuat dan air pasang sejak beberapa hari lalu, berikutan menjelangnya musim tengkujuh.
Dengan bilangan hampir 500 orang mengunjungi pada hari minggu selepas tularnya kewujudan beting pasir itu tempoh hari, menunjukkan tempat berkenaan kian menjadi tumpuan dan perlu ditutup sebelum berlakuan kejadian tidak diingini.
Pengunjung melihat keadaan pantai Pasir Mek Mas di kawasan yang air lautnya surut sehingga menimbulkan jaluran pasir di tengah-tengah. - Kredit gambar: Video One News
Sebenarnya fenomena `laut terbelah` di Pantai Mek Mas dilaporkan berlaku lebih sebulan lalu, menurut Harian Metro.
Keadaan itu terjadi disebabkan paras laut surut dan membentuk beting pasir hingga membolehkan ia dilalui, dan menimbulkan keterujaan dalam kalangan ramai untuk melihat sendiri kesan fenomena alam. Hakikatnya kejadian `laut terbelah` bukanlah perkara baru.
Salah satu pantai di Langkawi sewaktu air surut yang menampakan pasir. - Kredit foto: FB Kereta Sewa Langkawi - Murah & Bajet.
Sebelumnya, kejadian sama dikatakan berlaku di Langkawi. Menurut laporan, hampir 300 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran, susulan fenomena 'laut terbelah' akibat air surut (pada 1 Mac 2021).
Memetik laporan Utusan Malaysia dan Utusan Borneo Online (sumber asal Bernama), Pakar Alam Semula Jadi Tanjung Rhu Resort Langkawi, Zoher Mustan, 56, berkata aktiviti berjalan menyusuri beting pasir selama dua jam itu dapat dirasai pengunjung pantai itu setahun sekali.
"Beting pasir itu boleh berlaku di banyak tempat di Malaysia termasuk di Langkawi. Setiap kali bulan penuh, fenomena air surut akan berlaku hingga wujudnya beting pasir dan orang ramai dibenar menyusuri beting pasir sewaktu fenomena itu, kalau tidak sempat perlu tunggu tahun berikutnya," katanya.
Utusan Malaysia melaporkan pembentukan beting pasir biasanya boleh dilihat setiap kali bulan mengambang penuh, tetapi fenomena setahun sekali lebih unik apabila paras air laut surut sepenuhnya sehingga laut kelihatan seperti dibelah.
Selain Pantai Tanjung Rhu. Fenomena itu turut dapat disaksikan di dua lagi lokasi iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang serta di negara lain seperti di Laut Jindo Korea Selatan.
Gambaran kisah Nabi Musa yang membelah lautan sewaktu menghindari dikejar Firaun dan pasukannya di Laut Merah. - Kredit foto: Famous.ID
Ketika fenomena itu dapat dilihat pelbagai hidupan laut terdampar di beting pasir antaranya siput duri, tapak sulaiman, deduit laut, sotong katak, ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut.
Difahamkan pengunjung boleh berjalan kaki di atas beting pasir itu yang menghubungkan pantai dengan pulau kecil berhampiran seperti Pulau Cabang, Pulau Penyu dan Pulau Kelam Baya tetapi kalau hendak ke pulau itu perlu datang lebih awal, kerana pembentukan beting pasir cuma dalam masa sejam 30 minit, kalau terlewat ia tenggelam.
Kebiasaannya ada acara sampingan sempena fenomena itu setiap tahun, tetapi tiada tahun ini kerana pandemik Covid-19.
Bukti lain kewujudan fenomena alam ini laut terbelah dan beting pasir disebut dalam al-Quran melalui ungkapan kisah Nabi Musa membelah Laut Merah sewaktu zaman Firaun.
Nabi Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah yang tiba-tiba terbelah dua sewaktu dikejar oleh Fir'aun dan pasukannya.
Pasir yang timbul setelah air surut, menjadikan air laut Pantai Mek Mas di kawasan ini seperti terbelah dua. Kredit video - Youtube One News
Dengan izin Allah, rombongan Musa dapat melalui laut setelah airnya terbelah dan air laut kembali kepada asal selepas mereka lalui, menenggelamkan Fir'aun bersama pasukannya ditelan Laut Merah, lapor REPUBLIKA.CO.ID.
Kita kemudian difahamkan, salah satu mukzijat diberikan Allah SWT kepada Musa adalah kemampuan membelah Laut Merah sehingga rombongannya boleh melintasinya. Daripada rujukan di internet, peneliti di Amerika Syarikat menyimpulkan kisah Laut Merah terbelah itu apabila dilihat dari sudut ilmiah, mungkin terjadi.
Angin timur yang bertiup sepanjang malam boleh mendorong air laut seperti dikisahkan dalam al-Quran.
Menurut simulasi komputer yang mempelajari bagaimana angin mempengaruhi air, memperlihatkan bahwa angin mampu mendorong air kembali pada satu titik sehingga seperti membentuk sungai yang membungkuk untuk menyatu dengan laguna di pesisir. - KitaReporters
Fenomena laut terbelah setiap tahun terjadi di Pulau Jindo, Korea Selatan bermula sekitar akhir Mac atau awal April disebabkan faktor pasang surut air serta perubahan iklim. - Kredit foto: wacana.my