Alam & Sains 04 Jun, 2021

Berita Terkini| AstraZeneca: Malaysia luluskan pengilang Thailand! Tambah sumber bekalan vaksin

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan...  Bekalan vaksin AstraZeneca bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co. Ltd  dijangka dapat pertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas


MALAYSIA memberi kelulusan bersyarat bagi produk Vaccine AstraZeneca Solution for Injection dari pengilang kedua vaksin AstraZeneca iaitu Siam Bioscience Co. Ltd, Thailand. 

Kelulusan itu dipersetujui sewaktu Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kali ke-358 yang bersidang pada 4 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mesyuarat berkenan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk berkenaan.

"Pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca bagi kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.

"Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co. Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas.

"Sebelum ini, mesyuarat PBKD telah luluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma B.V., Netherlands yang merupakan pengeluar vaksin Covid-19 AstraZeneca ke negara-negara Eropah," katanya dalam satu kenyataan media pada 4 Jun 2021.

Tambah beliau, kelulusan pendaftaran secara bersyarat memerlukan syarikat Pemegang Pendaftaran Produk iaitu AstraZeneca Sdn Bhd,  mengemukakan data-data tambahan dan terkini.

"Maklumat dari semasa ke semasa itu penting  bagi memastikan kualiti,  keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemas kini serta perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

"Sebagai makluman, Malaysia membuat perolehan vaksin Covid -19 keluaran AstraZeneca melalui dua kaedah iaitu secara terus dengan pengeluar dan juga melalui fasiliti COVAX (Akses Global Vaksin).

"Malaysia telah mula menerima bekalan di bawah fasiliti COVAX pada bulan April 2021 lalu," ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested