Dunia haiwan ketika ini seakan-akan sudah terdesak dan nazak dalam kehidupan mereka apabila sumber makanan utama dikatakan hampir kehabisan disebabkan arus kemodenan sejagat manusia yang meneroka dan merosakkan tempat habitat asal mereka. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan gajah:
https://kitareporters.com/search?search=gajah
Tanggal 4 Oktober setiap tahun adalah merupakan Hari Haiwan Sedunia.
Namun luluh hati dan sedih apabila melihat keadaan segerombolan gajah antara 25 hingga 30 ekor telah memasuki ke kawasan pelupusan sampah untuk mencari makanan mereka.
Apa sudah jadi? Kisah ini terbongkar baru-baru ini apabila sempat dirakam oleh seorang Jurufoto dari Tharmaplan Tilaxan berpusat di Jaffna bertembung dengan kumpulan gajah di Oluvil, Sri Lanka, sedang mencari makanan dalam sisa-sisa sampah seperti produk plastik dan politena (polythene) yang terdapat di tempat pembuangan sampah tersebut.
KASIHAN gajah-gajah ini terpaksa keluar dari habitat asalnya demi mencari sumber makanan hariannya sehingga sampah-sarap pun dijadikan makanannya. - Kredit foto: Tharmaplan Tilaxan
Tidak diketahui sama ada jurufoto tersebut sudah mengetahui terlebih awal tentang kehadiran gajah-gajah berkenaan atau kebetulan sedang melakukan tugasan mengenai tapak pelupusan sampah berkenaan.
Tambahan pula kawasan hutan simpan Ashraf Nagar yang merupakan kawasan habitat asal gajah-gajah tersebut terletak berhampiran sempadan daerah Ampara yang dianggap punca kebiasaan baharu ‘tidak sihat’ bagi gajah-gajah itu berkunjung ke kawasan pelupusan sampah yang tidak berpagar itu.
Gajah-gajah liar yang berasal dari kawasan hutan simpan Ashraf Nagar kini dikatakan keluar mencari makanan di kawasan pelupusan sampah daerah Ampara, Sri Lanka. - Kredit foto: Tharmaplan Tilaxan
Gajah-gajah liar keluar mencari makanan menghampiri di kawasan pelupusan sampah daerah Ampara,Sri Lanka. - Kredit foto: Tharmaplan Tilaxan
Umum mengetahui bahan-bahan plastik dan politena adalah bahan yang tidak mudah terurai jika ditanam di dalam tanah apatah lagi jika dimakan oleh gajah-gajah itu.
Apalah nasib akan menimpa kepada gajah-gajah ini apabila makanan yang mengandungi toksik dan racun itu, kelak akan menjejaskan kesihatan ‘Raja’ segala haiwan.
Lambat laun kesemua gajah tersebut dibimbangi akan mengalami kepupusan di bumi Sri Lanka jika tiada sebarang tindakan pemuliharaan dan konservasi oleh pihak yang berwajib.
Najis-najis gajah yang mengandungi bahan-bahan plastik kesan daripada makanan yang dimakannya turut ditemui di tempat pelupusan sampah tersebut. - Kredit foto: Tharmaplan Tilaxan
Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar di Sri Lanka menganggarkan terdapat 5,879 ekor gajah di Sri Lanka dan dianggap tertinggi bilangannya di Asia.
Tahukah anda tanggal 4 Oktober setiap tahun adalah merupakan Hari Haiwan Sedunia?
Namun, sejauh manakah kita prihatin menjaga kebajikan haiwan-haiwan sama ada liar atau peliharaan kita kerana segala-galanya terletak kepada kita sebagai manusia yang bertanggungjawab menjaga alam ini. - KitaReporters
Sumber:
https://www.dailymail.co.uk/news/article-8793727/Sri-Lankan-elephants-eating-garbage-refuse-facility-captured-harrowing-images.html