Alam & Sains 19 May, 2021

Berita Terkini| Pulau Pinang kena scam, tipu! Tawaran derma 2 juta dos vaksin Covid-19 palsu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Tawaran pemberian vaksin oleh syarikat di Hong Kong kepada Pulau Pinang adalah palsu. - Kredit foto: The Star


DUA juta dos vaksin Covid-19 yang ingin didermakan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong kepada kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tawaran palsu dan tidak wujud.

Memetik laporan Sinar Harian, 19 Mei 2021, perkara itu disahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi sidang media secara maya pada tarikh sama.

Menurutnya, siasatan dilakukan oleh pihaknya yang mendapati syarikat tersebut tidak wujud dan syarikat Sinovac di China juga tidak pernah menerima sebarang permohonan atau bukti daripada syarikat berkenaan.

“Seorang wanita dikatakan sebagai pegawai Sinovac yang uruskan hal-hal berkaitan pasaran di Asia juga menafikan perkara tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah diarahkan membuat laporan polis berhubung tawaran palsu tersebut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



0
0
0
0
0
You will be interested