Alam Canggih 12 May, 2021

Berita Terkini| 132 rakyat Malaysia, Brunei dari India tiba di KLIA! Dikuarantin wajib 14 hari!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Misi repatriasi bawa pulang rakyat Malaysia, Brunei tiba di KLIA  jam 1 pagi, 12 Mei 2021. Kredit foto: The Star


SERAMAI 132 rakyat Malaysia dari India termasuk lapan warga Brunei selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 1 pagi, 12 Mei 2021.

Memetik kenyataan Kementerian Luar disiarkan oleh Sinar Harian pada 12 Mei 2021, kesemua mereka diarahkan menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin telah ditetapkan.

“Misi repatriasi yang membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai dilaksanakan menggunakan pesawat sewaan khas, Malindo Air.

“Daripada jumlah keseluruhan yang tiba, ia melibatkan seramai 117 orang rakyat Malaysia dan enam tanggungannya, seorang pemegang status penduduk tetap serta  lapan warga Brunei.

“Kerajaan Malaysia menghulurkan bantuan membawa pulang warna Brunei setelah mengambil kira hubungan erat dan istimewa yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara berkenaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, ketibaan penerbangan repatriasi tersebut secara berasingan di Unit Kecemasan Udara (ADU) dan perlu melalui pemeriksaan serta tapisan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


You will be interested

Berita Terkini| Vaksin Comirnaty: Tiada kes AEFI dilaporkan! Untuk miokarditis, perikarditis!

Tiada laporan berkenaan Sampingan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang spesifik untuk miokarditis atau perikarditis dikaitkan dengan penggunaan vaksin Comirnaty

News Editor 1 in Alam Canggih 2 days ago

Masyarakat Baduy amalkan air jampi tangkal Covid-19! Tiada penduduk yang dijangkiti pandemik!

Masyarakat Baduy di Desa Kanekes, Lewidamar, Lebak di Banten, Jawa menolak vaksinasi Covid-19 sebaliknya mereka lebih percaya dengan mengamalkan doa, air jampi
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 day ago

Terbaiklah SK Pintas Raya! Murid miskin, asnaf dapat komputer tablet! Ikuti PdPR masa PKP 3.0!

SK Pintas Raya, Batu Pahat sumbangkan 10 komputer tablet kepada murid asnaf, anak yatim sekolah itu supaya mereka dapat mengikuti proses PdPR semasa PKP 3.0 ini
Rosdi Ismail in Alam Canggih 1 day ago

Berita Terkini| Permohonan lanjut masa beroperasi diteliti! Hingga 10 malam dalam tempoh PKP 3.0

Kerajaan teliti permohonan daripada pelbagai pihak berkaitan lanjutkan masa beroperasi perniagaan sektor ekonomi dari jam 8 malam ke 10 malam semasa PKP 3.0
News Editor 1 in Alam Canggih 2 days ago

Berita Terkini| PPV mega Stadium Nasional Bkt Jalil beroperasi 21 Jun! Kapasiti 10k dos sehari!

PPV mega Stadium Nasional Bukit Jalil bakal beroperasi mulai 21 Jun 2021 dengan kemampuan kapasiti hingga 10k dos sehari. Fokus kepada rakyat di bawah 40 tahun
News Editor 1 in Alam Canggih 2 days ago