SELAMA ini, orang ramai sering menganggap burung gagak adalah haiwan yang pengotor, perosak, pemakan bangkai dan sampah. Kadang kala gagak sering juga dikaitkan dengan ‘ilmu hitam’, seram dan menakutkan.
Namun tahukah anda, gagak adalah haiwan yang dikategorikan sebagai bijak dan didakwa dapat mengenali wajah manusia, terutama wajah manusia yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka. Ada pula yang mengatakan gagak memiliki sifat dendam yang kuat dan bertindak balas apabila berasa terancam.
Gelagat
gagak ada kalanya mencuit hati, lucu dan menghiburkan.
Kalau tidak percaya, cuba anda lihat paparan video berdurasi 2 minit dan 49 saat yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook milik Bilal Khan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan burung gagak
Wanita ini terkejut apabila wang RM1 dipercayai miliknya telah disambar oleh seekor gagak yang kebetulan berada di sebuah gerai makanan tepi jalan yang tidak dinyatakan lokasi sebenarnya. - Skrin tangkap layar video netizen.
Kelihatan
seekor gagak berjaya mencuri wang kertas
RM1 daripada seseorang mungkin seorang pelanggan yang datang singgah
membeli makanan (sarapan) di sebuah gerai tepi jalan yang tidak dinyatakan
lokasi tempat sebenar.
Bagaimana gagak berkenaan menyambar duit tersebut telah menimbulkan pelbagai pertanyaan warga maya yang menonton video tersebut.
Ada yang beranggapan ketika si pelanggan wanita berbangsa India sedang membuat pembayaran atau mengambil baki wang (bayaran) daripada penjual makanan; secara tiba-tiba gagak itu terus menyambar wang kertas itu.
Si gagak berani dan licik itu, mungkin menyangka wang kertas itu adalah makanan dan kebetulan pula ia (gagak) ingin menyambar dan memakannya.
“Duit kasi, duit kasi. Ehh! Dia bawak duit lari,” pinta suara seorang lelaki kepada gagak itu.
Kemudian disusuli
kedengaran suara wanita bertutur dalam bahasa Tamil seolah-olah merayu dan
meminta gagak itu memulangkan semula wang kertas miliknya.
“Gagak pun
pandai bawak duit lari,” kata lelaki itu lagi yang menjadi saksi kejadian pelik
itu.
Walaupun
wang kertas itu berada di paruhnya, namun ia tidak pula terus melarikan diri
dengan membawa terbang jauh ke lokasi lain.
Malah si gagak hitam cuba menunjukkan aksi nakalnya beracah-acah serta berterbangan rendah seakan-akan kejinak-jinakan dari bumbung khemah (peniaga) kemudian lalu terbang ke atas dua buah bumbung kereta (pelanggan).
Pandai sungguh gagak hitam ini membuli wanita India itu sehingga mangsa (wanita India) berasa kepenatan mengejar dari satu tempat ke satu tempat.
Kita yang
melihat situasi itu (adegan gagak curi duit) pun terasa penat dan boleh
menimbulkan kemarahan terhadapnya (gagak). Mujurlah wang kertas itu bernilai
RM1 tetapi jika RM100 mungkin menyirap darah dibuatnya – lebih-lebih lagi ketika
itu pemiliknya cuma ada wang sebanyak itu sahaja.
Menjengah ruangan komen FB Bilal Khan, pelbagai reaksi dilontarkan oleh para netizen.
Ishak Hashim menulis burung gagak itu tidak faham Bahasa
Melayu apabila menyebut perkataan ‘kasi’ dan dia (burung) pula bukan dibela
oleh orang Melayu agaknya.
Komen Nirat pula menulis burung gagak ini
boleh dilatih untuk melakukan tugas-tugas khas (task) untuk haiwan-haiwan lain.
Tetapi beliau juga berpandangan lain jika gagak itu sering mengulangi melakukan
perbuatan mencuri wang; ini bermakna ada kemungkinan burung itu adalah ‘toyol’.
Kongsi Syed Kach AlHabshee hanya sekadar
mengesyorkan agar burung gagak itu diberikan sedikit makanan supaya wang RM1 itu dipulangkan semula kepada
tuannya.
Akhirnya, episod kejar mengejar seperti plot jodol sebuah buku cerita ‘Si Gagak Yang Cerdik’ berakhir dengan dia (gagak) melepaskan kembali wang itu kepada makcik India ( atau Aci) pemilik wang RM1.
Sandiwara si makcik dengan gagak cukup menghiburkan dan telah meraih lebih 7 ribu tontonan oleh warga maya.
Hakikatnya, semua haiwan sememangnya mempunyai tabiat atau sifat ‘ingin tahu’ yang kuat apabila melihat sesuatu terutama manusia yang membawa atau mengendong makanan, minuman, barangan peribadi dan sebagainya. – KitaReporters.
LEGA wanita ini akhirnya berjaya mendapatkan semula wang RM1 walaupun tidak besar nilainya daripada gagak yang nakal itu tetapi cukup bermakna baginya. - Skrin tangkap layar video netizen.
Sumber:
https://www.facebook.com/watch/
https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=1370814147076364&external_log_id=3bcaa5f9-f1c7-4e40-b656-38ce2d7d5aeb&q=burung%20gagak